innity

pages

Tuesday, January 24, 2017

Firma farmasi dakwa Felda bayar gaji, penginapan anak pegawai di Australia


Firma Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd di Australia mendakwa sebuah anak syarikat milik Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) membayar gaji dan kos sara hidup anak perempuan seorang bekas timbalan ketua pengarahnya di Australia.
Ini, termasuk gaji A$128,000, sebuah kereta syarikat dan penginapan di kondominium mewah, kata Gordagen dalam satu kenyataan akhbar.
Gordagen berkata, kontrak perjanjian antaranya dengan anak syarikat Felda, Felda Wellness Corporation (FWC) menyatakan dana dari FWC akan digunakan untuk membayar segala perbelanjaan anak pegawai berkenaan.
Walau bagaimanapun, FWC memberitahu Mahkamah Tinggi di Malaysia bahawa ia tidak tahu mengenai perjanjian kontrak, semasa prosiding yang membawa kepada perintah penggulungan terhadap FWC.
"Di bawah perjanjian kontrak yang disempurnakan oleh Mohd Nasir Shafion bagi pihak FWC, dana dari FWC akan digunakan untuk membayar gaji dan perbelanjaan kos sara hidup anak perempuan Muhammad Sufi Mahbub, Athirah Sufi, semasa dia tinggal di Australia.
"Semua urusan ini diselaraskan oleh pegawai FWC, Mohd Nasir Shafion dan Muhammad Sufi Mahbub, bagi pihak FWC.
"Bagaimanapun, semasa prosiding penggulungan, FWC atas sebab-sebab yang hanya diketahuinya sendiri, cuba memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perjanjian kontrak ini," kata Gordagen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2016.
Malaysiakini telah menghubungi Felda dan sedang menunggu ulasannya mengenai perkara itu.
Mohd Nasir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FWC manakala Muhammad Sufi ketika itu adalah Timbalan Ketua Pengarah Felda yang bertanggungjawab terhadapa strategi.
Kenyataan Gordagen adalah untuk mengumumkan bahawa firma itu berjaya memperoleh perintah penggulungan daripada Mahkamah Tinggi Malaysia ke atas FWC pada 3 Mac 2016. Menurutnya, FWC berhutang dengan Gordagen sebanyak A$652,083.60.
Kenyataan akhbar itu diketengahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati bahawa FWC kerugian sebanyak RM155 juta dalam dua tahun beroperasi mulai Julai 2013. Ia kerugian RM74 juta pada tahun pertama, katanya. - Malaysiakini

5 comments:

  1. Salah guna kuasa..rasuah makin menjadi-jadi dlm kerajaan skrg..kenapa???
    suharli masrop n oasispg, mintak tlg komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suharli dgn oasispg tgh mnm kat starbucks cr idea nk komen

      Delete
  2. salah org tu sendiri ni..xblh nak letak semua kesalahan pd boss semata2..rasuah xkenal parti politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg salah sendiri tp kenapa ianya berleluasa skrg???kenapa nilainya skrg dlm lingkungan juta malah ratusan juta? Itu yg dipersoalkan..igt lah..ikan membusuk bermula dari kepalanya..kalau pemimpin n kerajaan tegas dlm hal ni pasti ianya tak berleluasa..

      Delete
  3. Itulah sebabnya..insyallah bantahan rakyat seluruh negara..korea boleh?..aman je?.
    Hapus lenyap umno bn najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com