innity

pages

Monday, January 30, 2017

FATWA TERBARU PAS:Orang kafir tak boleh menjadi ketua kerajaan Islam



1 Jamadilawal 1438H, Isnin – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah ia mesti ditadbir oleh seorang muslim.
“Tidak boleh Ketua Negara, Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menterinya seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.
“Kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang Ketua Menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan Syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
LGE dipuji oleh PAS semasa bersama dalam PR
Sehubungan itu, katanya, menaikkan elaun guru al-Quran, memberi tanah untuk pembinaan Mahkamah Syariah, membina masjid atau menyediakan peruntukan untuk agama Islam, bukannya ukuran utama keislaman sesebuah kerajaan.
Dulu PAS sayang LGE, Dibenarkan pulak jadi Ketua Menteri P.Pinang

Beliau berkata, pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan, sebaliknya keislaman sesebuah kerajaan tergambar dengan Islam dijadikan dasar dan prinsip dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran bagi kementerian dan jabatan.
“Sesebuah kerajaan perlu menerima bahawa al-Quran dan al-Sunnah mesti menjadi rujukan. Sebuah kerajaan Islam mesti diperintah oleh seorang muslim yang adil yang tidak fasik melakukan dosa-dosa besar. Seorang yang fasik melakukan maksiat berterusan tanpa taubat mana mungkin mampu menegakkan sebuah keadilan.
“Islam mesti diterima pada undang-undang ibadahnya, undang-undang kekeluargaannya, undang-undang kontrak dan transaksi kewangan, undang-undang jenayah, undang-undang antarabangsa, kehakiman dan politik pemerintahan. Riba tidak boleh menjadi paksi ekonomi dan kewangan kerana ia adalah ibu kerosakan.
“Jangan terpedaya dengan momokan untuk adil seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar bin Abdul Aziz, sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya.

13 comments:

  1. lama tak dgr fatwa Pas, dulu selalu, solat imam umno tidak sah, sembelihan oleh umno jadi bangkai tidak boleh makan, isteri sokong umno mesti diceraikan kerana dianggap berzina, umno kafir kerana kekalkan perlembagaan persekutuan iaitu undang2 penjajah,

    Apa yang bestnya fatwa2 Pas ini berubah2 mengikut kerjasama parti dengan parti yang lain, dulu masa kerjasama dengan DAP, pas kata lim guang eng itu khalifah umar abdul aziz, bila dah tak sama lagi, dia dah tak boleh jadi ketua menteri

    ReplyDelete
  2. “Tidak boleh Ketua Negara, Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menterinya seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam."

    SETUJU! DAN BUKAN BERMAKNA PAS SECARA OTOMATIK MENJADI PERDANA MENTERI APABILA PARTI PEMBANGKANG BERKUASA!

    MEREKA BERUGAMA ISLAM SEPERTI TSMY, MAT SABU, SALEHUDIN AYUB, Us. ABDULLAH ZAIK, MALAHAN IBRAHIM ALI DLL JUGA BOLEH JADI PERDANA MENTERI.

    ASASNYA ADALAH UMAT ISLAM PERLU BERSATU BERBINCANG DAN BERMUAFAKAT MENCARI KEPUTUSAN SIAPAKAH YG LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI!

    KERUSI PM ADALAH UNTUK MEREKA2 BERKHIDMAT DAN MENJADI HAMBA KEPADA RAKYAT!

    MOHON SANGAT2 BERSATULAH ANTARA KAMU SEMUA, DEMI MENUMBANGKAN BIJAN DAN SEMAH!

    ReplyDelete
  3. Hmmm...DAP dah cakap tak berminat jawatan TPM, sebaliknya MCA pernah mengugut bijan jawatan ni.

    ReplyDelete
  4. PAS - PARTI AJARAN SESAT

    1. Ahli PAS muslim ke? Tahu mengaji ke? Kalau nak kerajaan islam, jangan kerajaan isle. 40 kerusi parlimen boleh tumbang kerajaan BN? Pas tu nak PM orang islam. PM isle boleh lah:)

    2. Ahli UMNO kafir kalau ikut fatwa hadi al-91 juta masyuuki. Kalau ahli umno dah kafir, mana boleh jadi PM kerajaan Islam!

    3. Bung MP kinabatangan kata najib tak perlu sound kat Trump pasal banning muslim from entering US? Why not? Takut trump crushes najob"s head? What if trump suruh DoJ start the hearing on civil suit against riza,jho low tomorrow etc?

    4. Kesian manusia keliru dan bodoh. PAS dengan kesesatan tapi berlagak alim. Bung, salleh, rahman, pandikar dengan kebodohan yang memalukan rakyat sabah....

    Orang cina tanya melayu muslim, lu olang pegi semayang tiap2 hari jumaat, tapi apa sebab lu orang tak takut sama lu punya tuhan....babi haram, amoi haram....arak haram....rasuah halal...? Susah ini macam mah

    ReplyDelete
  5. Nak tanya hadi awang tu islam ke atau isle?

    Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  6. Memang benar apa yg ustaz PAS ni cakap. Dulu yg membuat komen boleh LGE jd KM adalah kalangan yg hari ni sedang bercumbu dgn DAP menggunakan ayat rahmatan lil alamin. Mujurlah depa pun dah terpelanting kluar dr takungan PAS.
    Tak taulah dr nas mana depa berfatwa. Kali ni PAS lebih jelas panduan syariahnya.

    Umat Islam kena mengambil serius hal memilih calon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INI LAH FITNAH TAK SUDAH2 TERHADAP AMANAH, SIKIT2 TUDUH YG DULU DOK DLM PAS TU AMANAH YG CKP, AKU DGN MATA DAN TELINGA AKU DENGANR MEREKA DARI KALANGAN ULAMA YG MASIH KEKAL DLM PAS, MEREKA DULU CUKUP BANGGA DENGAN LIM GUAN ENG, ASYIK DUK JAJA PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK ISLAM YG KERAJAAN P.PINANG PERUNTUKKAN, PAS JANGAN MUNAFIK, KO INGAT KO TIADA DOSA KE, PERGUNA ISLAM DEMI PARTI

      Delete
  7. Salam Datuk Dr Khairuddin Aman Razal

    Kamu ni orang islam ke isle? Orang islam tak merapu macam kamu. Kalau orang isle..itulah tabiatnya.

    Apa guna kerjaan dipimpim munafiq yang juga penyamun?

    Apa guna kerajaan dipimpin manusia yang suka kafirkan sesama islam. Sesama isle mungkin boleh

    Apa guna kerajaan islam yang guna hukum islam hanya untuk orang islam sahaja? Hukum Allah untuk semua bukan boleh dipilih ikut nafsu manusia isle.

    ReplyDelete
  8. Ramai Juak Lobai Kincin masok. Nampak sgt baki 3% ni dh rasa yg blog Pro PAS dh mula kontang pengunjung. Nasihat pada baki 3 %-
    Kincin jampi Lobai WalUnta dan momokan konon Islam lemah dan tercabar dh tak boleh pakai. Tambaha lagi kunun hanya Melayu Umn1NO dan PAs shj yg hero. Pigi main jauh, Islam bukan lemah, Seleoas Nabi Mohamad SAW, Allah tidak lantik sheriff atau pope.
    Insaflah....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah orang sarawak dan sabah tak perlu PAS....parti ajaran sesat.

    Sarawak tak perlu umno dan tak mahu macam sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. urang sarawak senang...bagi tong air boleh kasi settle

      Delete
    2. Sabah sarawak tak pyh berbangga la, yg memerintah sekarg pun dan akn dtg bukan PAS tp mrk tak akn bg korang hidup senang. Hari2 parti yg korang bangga disana menipu orang pribumi.

      Delete
    3. Tak munafiq macam orang PAS

      1. Tak semua orang diberi tong air sokong pemimpin najib apalagi parti ajaran sesat

      2. Ingat melayu melanau islam hanya 30% namun boleh perintah negeri. Parti ajaran sesat langsung tak dapat tembus sarawak. Konon tunjuk islam datang ke sarawak, pakaian, perangai, cara makan langsung tiada ciri2 islam.

      Pemimpin terima 90 juta diidola, kafirkan sesama islam...kami islam bukan isle....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com