innity

pages

Friday, January 13, 2017

EKORAN PENDEDAHAN TMJ: Menteri Arah UniKL, MARA tangguh penajaan selain pendidikan


Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah menanguhkan sebarang penajaan tahun ini melainkan untuk pendidikan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri dilapor berkata sebarang penajaan lain perlu diteliti terlebih dahulu.
"Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.
"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.

“Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok,"
beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau ditanya isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dilapor menafikan dakwaan menggunakan kedudukan untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan itu.
Isu penajaan UniKL dan MARA timbul susulan pendedahan Tunku Mahkota Johor semalam yang mempertikaikan penajaan terhadap pasukan bola sepak Kelantan.

Tunku Ismail Sultan Iskandar turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan MARA dan UniKL kepada pasukan Kelantan, termasuk baucar pembayaran, slip deposit cek dan surat menyurat berkaitan.
Beliau mempertikaikan langkah itu atas alasan ia dibuat ketika UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia sebanyak RM700 juta tahun lalu.
MARA adalah syarikat milik kementerian itu. UniKL pula institut pengajian tinggi milik MARA.
Annuar dalam penjelasan terbarunya hari ini mengucapkan "terima kasih" atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur.

2 comments:

  1. Dah pecah baru nak tangguh...anuarmusant memang.balaci dedak bajib...insyallah hapus lenyap najib umno bn

    ReplyDelete
  2. Menteri2 kita ni apa benda pun tk tau,apa diaorg buat hr2 di pjbt? Bila ada org lain dedah baru nk gelabah puyu.buatlah satu checklist supaya pegawai bawahan bg report kat hg dan update hari2.Gaji byk kerja tk mau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com