innity

pages

Monday, January 2, 2017

"Dulu 1970an, Kedudukan Malaysia SAMA dengan Taiwan, Korea Selatan, Singapura"

Allahyarham Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid

Oleh: Syahril A. Kadir

GENAP LIMA TAHUN PEMERGIAN GENIUS EKONOMIS MELAYU...ALLAHYARHAM DATUK SALLEH MAJID

" Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. 

Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

" Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

" Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

" Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

" Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

" Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

" Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

" Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

" Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio. "

- ALLAHYARHAM DATUK SALLEH MAJID

BERDASARKAN kedudukannya sebagai bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) Allahyarham Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid layak diberikan tawaran memegang pelbagai jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta.

Keupayaannya terbukti apabila Salleh berjaya menyerap cabaran di peringkat awal penubuhan BSKL pada 1980-an. Semua cabaran ini bukanlah mudah di atasi jika tanpa perancangan dan strategi yang rapi. Sesungguhnya BSKL cukup gah pada zaman Salleh Majid.

Senang cakap, Salleh juga boleh membolot kekayaan jika beliau mahu, tetapi beliau tidak berminat. Lelaki bertubuh tinggi dan kurus itu ada prinsip hidupnya tersendiri. Prinsip dan semangatnya mengatasi kepentingan untuk mengaut kekayaan peribadi. Oleh sebab itu, kehidupannya selepas tamat berkhidmat di BSKL Salleh cukup sekadar sebagi pesara biasa. Beliau bebas melakukan mengikut kehendak hatinya.

Banyak syarikat besar yang mempelawanya menjadi pengerusi syarikat, tetapi ditolaknya. Salleh tidak mahu “diperkudakan”. Beliau sendiri kecewa melihat banyak bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara menjadi boneka orang lain. Menjadi pengerusi syarikat, tetapi hanya menjadi alat semata-mata untuk dapat kontrak kerajaan.

(petikan Dewan Masyarakat Feb. 2012)

SECARA peribadi, aku meminati tulisan Salleh ini sejak dibangku sekolah lagi. Walaupun aku bukanlah di kalangan mereka yang ‘celik ekonomi’, belajar ekonomi pun hanya peringkat ‘basic’ masa sekolah dulu, tetapi arwah berjaya menulis dengan bahasa yang paling mudah sehinggakan kita yang tak tau apa kejadah pasal dunia kewangan pun boleh menghadamnya dengan senang sekali.

Itulah kelebihan Salleh.

Bagi aku beliaulah genius Melayu dalam bidang ekonomi, seorang pejuang bangsa dalam skopnya. Memang betul, walaupun mempunyai kemampuan untuk kaya raya, arwah memilih menghambakan dirinya untuk hidup sederhana tetapi ‘berkat’.

Arwah lebih suka menulis, mengajar dan mencurahkan pengalaman dan kepandaiannya dalam bidang ekonomi kepada bangsa serta rakyat Malaysia daripada sibuk mengira ‘ringgit and cents’ sehingga ke akhir hayat.

Atas sebab itu, sewaktu meninggal dunia lima tahun lepas, aku yang ketika itu masih dalam rawatan, sanggup ke rumah ibunya di Hulu Kelang untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.


2 comments:

  1. Kita perlukan pejuang negara seperti Beliau. Lebih ramai yg ikhlas, jujur dan berjiwa pahlawan utk angkat maruah bangsa dlm semua sektor. Supaya peluang perompak dan penipu tak akan berjaya merosakkan negara.
    Ayuh kita perlukan lbh ramai pahlawan yg sepwrti beliau bukan dgn senapang ttpi dgn prinsip jidup dan keberanian serta pengorbanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely agreed with you entirely....and, may ALLAH blessed this soul Salleh Majed, Amin!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com