innity

pages

Friday, January 13, 2017

[DIGANTUNG TUGAS] Pgw. PTD Perli Najib Hilang Deposit dengan Kematian Adenan Satem DIPANGGIL PULANG


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, digantung tugas dan diarah pulang. 

Sumber berkata, pegawai itu digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut susulan kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook 'Wa Sengat Lu' malam kelmarin. 

Katanya, pegawai berkenaan dijadual pulang ke tanah air pada Isnin ini. 

"Tindakan tatatertib belum boleh diambil terhadap pegawai itu sehingga siasatan dan punca dia berbuat demikian dikenal pasti. 

"Ada dua faktor perlu dikenal pasti iaitu sama ada pegawai berkenaan yang mengeluarkan kenyataan itu atau kemungkinan Facebook milik beliau digodam pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada BH, sebentar tadi. 

Sumber berkata, pegawai berkenaan bukan bertugas bersama Kementerian Luar, sebaliknya PTD kementerian lain yang mengikuti kursus dan ditempatkan di Filipina sejak November 2015. 

"Isteri dan anak kepada pegawai berkenaan dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, sehari sebelum pegawai terbabit," katanya. 

Kementerian Luar dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan selepas siasatan dilakukan. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, mengesahkan tindakan sudah diambil ke atas pegawai terbabit. 

"Tindakan telah diambil. Pegawai diarah balik segera ke KL untuk tindakan tatatertib," katanya dalam entri menerusi akaun Twitter miliknya @DrAliHamsa. 

- bharian.com.my

8 comments:

  1. Ikan bilis cpt la kena tindakan, ahli politik jd raja. A

    ReplyDelete
  2. KSN ali hamsa harus letak jawatan,,, tAk maluke ramai penjawat awam yg jadi penyamun merugi kan negara dan rakyat,,, KSN tak reti malu ke,,,,
    Hal hal kecil yg tak merugikan tak perlu lah nak jadi hero tamil nak kenakan tidakan,,
    Penyamun yg ramai dalam penjawat awam tu pergi segera siasat,, FoMCA tak minta naik kan gaji penjawat Awam yg andai menyamun

    ReplyDelete
  3. Kalau dgn melayu cepat je ambik tindakan,kalau cina dan india buat donno je

    ReplyDelete
  4. zalimnya KSN, hanya tulis kesian, hilang kawan, hilang deposit.

    Kesian itu tanda simpati, hilang kawan itu mengiktiraf keakraban najib dan adenan, hilang deposit itu maknanya hilang harapan dan tempat bergantung utama dalam pilihanraya.....SALAH KE SEBUT MCM TU??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah la sbb dia perli Najib weii... Membibgkan najib satu yg najib tak nak hari ni.

      Delete
  5. Bukan zalim...iblis najib ni

    ReplyDelete
  6. Insyallah...menang warisan. Harapan. Pribumi..pru14
    Hapus lenyap bajib umno bn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com