innity

pages

Friday, January 20, 2017

DAP: Kami tak perlu jawatan TPM


DAP tidak pernah meminta diberikan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) seperti didakwa beberapa laporan media, kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong.
Katanya, beliau pernah menemani Penasihat DAP, Lim Kit Siang bermesyuarat dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini, sebelum kontroversi berhubung DAP didakwa meminta jawatan TPM itu timbul.
“Kit Siang dan Dr Mahathir bertukar pandangan mengenai keadaan ekonomi, pelaburan langsung asing, politik Sabah dan pemerkasaan Sarawak serta kejelasan dalam pengaturan politik,” kata ahli Parlimen Kluang itu.
Beliau berkata, DAP tidak pernah meminta mahupun membincangkan jawatan TPM.
Dr Mahathir sudah menjelaskan yang media tertentu memutarbelitkan kata-katanya dan beliau ada dengar mengenai cadangan itu.
“Kit Siang memaklumkan Dr Mahathir yang DAP tidak meminta jawatan itu,” kata pengerusi DAP Johor itu.
Sebaliknya, Liew berkata, MCA yang pernah meminta jawatan TPM ke-2 pada April 2009 apabila Datuk Seri Najib Razak baru menjadi perdana menteri.
“DAP ialah sebuah parti ideal dan idea, bukannya sebuah parti meminta jawatan demi kuasa.”
Katanya, pergelutan politik DAP ialah untuk menyelamatkan negara dan membina institusi demokratik untuk Malaysia yang lebih baik.
Kenyataan Liew itu susulan laporan New Straits Times hari ini yang Najib mendakwa Dr Mahathir mendedahkan permintaan DAP untuk Kit Siang diberikan jawatan TPM, jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang. - FMT

5 comments:

  1. Apa yang pasti adalah skandal 1MDB telahpun berlaku dan jawatan Timbalan Perdana Menteri masih belum berlaku dan hanya spekulasi tak berasas.

    Yang mana isu negara yang lebih penting?

    ReplyDelete
  2. di mulut kata lain, di hati cakap lain. Itulah orang kata Cina ni rambut saja lurus tetapi yang lain semuanya bengkok.

    ReplyDelete
  3. Kepada pemimpin melayu tak kira apa parti pun hati2 dengan mereka. Org cina mmg bijak berpolitik. Kalau tidak masakan kaum immigrant ini boleh memilik pulau singapura kalau bukan kerana bijaknya mereka berpolitik... Lihat saja dithailand, walaupun minoriti tapi menguaisai 2 parti dominan, pilih parti a dapat pm cina, pilih parti b juga dapat pm cina, rakyat asal thai terabai, jadi tukang sorak...kesian. Ingatlah wahai pemimpin dan raja2 Melayu, sekadar mengingatkan...

    ReplyDelete
  4. Kepada pemimpin melayu tak kira apa parti pun hati2 dengan mereka. Org cina mmg bijak berpolitik. Kalau tidak masakan kaum immigrant ini boleh memilik pulau singapura kalau bukan kerana bijaknya mereka berpolitik... Lihat saja dithailand, walaupun minoriti tapi menguaisai 2 parti dominan, pilih parti a dapat pm cina, pilih parti b juga dapat pm cina, rakyat asal thai terabai, jadi tukang sorak...kesian. Ingatlah wahai pemimpin dan raja2 Melayu, sekadar mengingatkan...

    ReplyDelete
  5. Kepada pemimpin melayu tak kira apa parti pun hati2 dengan mereka. Org cina mmg bijak berpolitik. Kalau tidak masakan kaum immigrant ini boleh memilik pulau singapura kalau bukan kerana bijaknya mereka berpolitik... Lihat saja dithailand, walaupun minoriti tapi menguaisai 2 parti dominan, pilih parti a dapat pm cina, pilih parti b juga dapat pm cina, rakyat asal thai terabai, jadi tukang sorak...kesian. Ingatlah wahai pemimpin dan raja2 Melayu, sekadar mengingatkan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com