innity

pages

Thursday, January 12, 2017

CNA: Jho Low guna nama proksi Eric Tan


Jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan nama proksi Eric Tan ketika membuka akaun bank dan entiti korporat.
Menurut Channel News Asia, ini didedahkan di Mahkamah Singapura semasa perbicaraan kes pengurus cawangan Falcon Private Bank, Jens Fred Sturzenegger.
Sturzenegger pada Rabu lalu dijatuhi hukuman penjara 28 minggu dan denda S$128,000 kerana gagal mematuhi undang-undang anti pengubahan wang haram dengan tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi yang mencurigakan serta memberi maklumat palsu.
Menurut laporan itu, mahkamah diberitahu bahawa Sturzenegger diperkenalkan kepada Eric Tan oleh ketua pegawai eksekutif kumpulan perbankannya, Eduardo Leemann melalui e-mel pada Januari 2012.
Apabila Sturzenegger berjumpa Tan pada bulan berikutnya, lelaki berkenaan memperkenalkan semula dirinya sebagai Jho Low.
Laporan itu berkata, Low menjelaskan bahawa beliau menggunakan nama Eric Tan sekali-sekala untuk "tujuan keselamatan".
Memetik Timbalan Pendakwa Raya Jacky Leong, laporan itu berkata ketika itu Sturzenegger menyedari bahawa Eric Tan, yang berhubungan dengannya selama ini sebenarnya adalah Jho Low.
Menurut laporan itu, Sturzenegger juga mula menyedari bahawa Eric Tan bukan sekadar alias tetapi adalah nama oleh orang yang ‘sebenar’.
Ini kerana beliau sendiri melihat pasport sebenar pasport Tan dan butiran peribadinya sebagai sebahagian daripada proses membuka akuan.
Menurut CNA lagi, empat akaun telah dibuka di Falcon Private Bank di bawah pelbagai entiti korporat dengan nama Eric Tan disenaraikan sebagai benefisiari.
Dua daripada akaun berkenaan, di bawah nama Tanore dan Granton, menerima deposit AS$1.265 bilion pada Mac 2012.

6 comments:

  1. saya nak komen satu saja. sila rujuk dibawah

    "Memetik Timbalan Pendakwa Raya Jacky Leong, laporan itu berkata ketika itu Sturzenegger menyedari bahawa Eric Tan, yang berhubungan dengannya selama ini sebenarnya adalah Jho Low.

    Menurut laporan itu, Sturzenegger juga mula menyedari bahawa Eric Tan bukan sekadar alias tetapi adalah nama oleh orang yang ‘sebenar’.

    Ini kerana beliau sendiri melihat pasport sebenar pasport Tan dan butiran peribadinya sebagai sebahagian daripada proses membuka akuan"

    1. THIS IS A CRIMINAL ACT BY JHO LOW

    2. JENS FRED DAH MENGAKU SALAH, JHO LOW TAK DAPAT LARI.

    3. ERIC TAN ADA PASPOT MALAYSIA, MYKAD MALAYSIA..DIMANA JHO LOW BOLEH DAPAT? DIPALSUKAN ATAU PUTRAJAYA ADA SUPPLY UNTUK JHO LOW?

    4. MALAYSIA BOLEH AMBIL TINDAKAN....INI BUKAN FITNAH TAPI PERNYATAAN SAKSI DALAM MAHKAMAH SINGAPURA.

    See the scam? Jho Low will and or never can do this alone.....he needs a partner in crime...but who is the partner?

    ReplyDelete
  2. Patern peniluan Jho Low ni akan kerap guna nama nama yg menyerupai seseorg ternama atau sesuatu syarikat yg ternama.
    Jho Low adalah scam dan 1mdb sudah berurusniaga dgn scammer.

    ReplyDelete
  3. Patern penipuan Jho Low ni akan kerap guna nama nama yg menyerupai seseorg ternama atau sesuatu syarikat yg ternama.
    Jho Low adalah scam dan 1mdb sudah berurusniaga dgn scammer.

    ReplyDelete
  4. Suharli n oasispg tlg komen sket...kalau setakat ckp bukti takda n ini semua adakah hearsay takmau laaaa..bg hujah utk lawan artikel kat atas pleaseeee...

    Bukak mata sket..tak payah siding mana2 pihak..be neutral n go thru the evidences..then kamu akan tau..dulu aku mcm korg jgk..tak percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,lama tak dgr komen ostard oasispg.Apa agaknya khabar dia sekarang?

      Delete
  5. Esok lusa jho low tukar nama Ali Hasan Maju nama mamak sikit...peace hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com