innity

pages

Friday, January 27, 2017

China mahu kuasai Selat Melaka, jadikan Malaysia kuda tunggangan: Mukhriz


Jumaat – China didakwa akan menjadikan pelaburan di negara ini sebagai usaha untuk menguasai Selat Melaka yang sangat penting dan menjadikan Malaysia kuda tunggangannya, kata bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan masalah peribadinya dengan membawa masuk pelaburan dari China, mendedahkan negara kepada perebutan kuasa-kuasa besar.
“Dasar kerajaan Malaysia daripada dahulu adalah berkecuali, kita adalah anggota aktif dalam Gerakan Negara-Negara Berkecuali dan tidak memihak kepada Barat, China atau Russia. Sebelum ini Malaysia berada di tengah-tengah yang boleh berurusan dengan semua pihak, tetapi sekarang ini kita terang-terang cenderung kepada China dan itu mengundang bahaya.
“Selat Melaka sangat penting, niat negara China sebenarnya adalah untuk mengawal dan kuasainya dan Malaysia hanya menjadi kuda tunggangan,” katanya memetik laporan Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, China melancarkan projek One Belt One Road (OBOR) yang menggabungkan Silk Road Eonomic Belt dan 21st Century Silk Road atau gabungan Laluan Sutera serta laluan laut merentasi dari China ke Asia Tenggara hingga ke pantai Timur Afrika.
Pelaksanaan OBOR di Malaysia rancak dilaksanakan, seperti pemilikan hartanah pada skala besar, kelulusan pembinaan kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura (sebahagian daripada projek OBOR ini akan menghubungkan Kunming di China hingga ke Singapura), pemilikan pelabuhan seperti di Kuantan dan pembinaan Universiti Xiamen di Sepang.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, China menggunakan pelaburan sebagai satu bentuk penjajahan alaf baru.
“Negara seperti Sri Lanka, Pakistan dan Afrika yang terhimpit dengan konflik perang, keadaannya sebelum itu sama dengan Malaysia ketika ini. China membina pelabuhan ataupun lapangan kapal terbang dengan kos besar hingga tanggungan hutang itu tidak terbayar oleh sesebuah negara.
“Akhirnya diambil alih dan kemudian dituntut macam-macam. Pelabuhan yang sepatutnya untuk perdagangan tiba-tiba kapal tentera yang melabuh,” katanya.aka.
Mukhriz berkata, Barisan Nasional (BN) sebenarnya dalang kepada perpecahan yang menggugat kedaulatan negara
“Sambil-sambil UMNO menuduh kita kononnya ingin menyerahkan kuasa kerajaan kepada DAP, tetapi dalam sama merekalah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada negara asing.
“Dalam masa sama jangan ada orang salah faham dengan segaja lontarkan fitnah dan timbulkan rasa marah kerana kita kononnya anti-China. Bukan begitu, tetapi ia berkaitan Najib yang gadaikan negara,” katanya. - ismaweb

8 comments:

  1. Ini fakta yg benar dan meletakkan negara kita dlm bahaya. Hanya kerana si najib nak selamat dia sanghup jual negara ni.

    Mcm cerita pengawal keselamatan yg pergi merompak sebab dia dah termakan duit tempat dia bekerja. Dia nak byr balik supaya swlamat drpd di dakwa.
    Kita sedang berdepan dgn standard otak pemimpin yg sama mcm pengawal keselamatan tu.

    ReplyDelete


  2. Diri sendiri Jadi tonggangan DAP, tak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8:50 ni adalah contoh terbaik org yg jenis menuding kpd org lain apabila di tunjukkan kesalahannya..

      Siapa yg dah buat deal urusniaga , sain kontrak n mou dgn china?

      Mcm mana bole jd tonggangan DAP sedangkan tiada sebarang bentuk kerugian pada negara hingga kini? Celah mana tonggangan nya tu? Sedangkan di pihak sana mmg dah ada hitam putih akan deal yg merugikan negara kita....

      Delete
    2. 8.50 ni jelas bodoh. Baik diam je. Lagi banyak cakap ..lagi terserlah bodoh.

      Delete
  3. Agenda negara lebih penting dari agenda peribadi.

    ReplyDelete
  4. Anon 8.50am ni yg 6.6% ?

    ReplyDelete
  5. 850 tu pendedak, sop dia- tabur taik low kosong (tiada apa satu hujah), dan lari. Kadang2 dia bwk lari tiang. Pendedak jenis bangsat ni mmg tak boleh bawa bincang pun. Setiap kali dia buka komen,akan busuk ruang komen. Kalangan Pwnjilat 6% ni juga dibekalkan Jus Koncin Al Marenngue, yg memabokkan.

    ReplyDelete
  6. Insyallah..laknat najib umno bn..hapus lenyap
    Ayuh nalaysia bangkit bantahan seluruh negara..pecat dan dakwa dan tangkap najib razak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com