innity

pages

Thursday, January 5, 2017

‘Boleh guna BR1M beli Proton Iriz jadi pemandu Uber’


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.
"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.
"Kita akan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.
"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.
Menurutnya, bantuan itu adalah bukan rasuah kerana tujuannya disalurkan adalah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Katanya lagi, kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan 83.4 peratus responden menyokong BR1M diteruskan.

5 comments:

  1. Irwan siregar ni diantara yg bakal masuk penjara kalau BN masuk longkang insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Sama ada KSU ni fail matematik atau dah tak ada modal utk bodek Najib. Tak tahu mana satu.

    Duit BR1M beli kereta? Cukup ke atau duit BR1M nak naik?

    Inikah quality KSU kita... patutlah Ekonomi Malaysia tonggang terbalik.

    ReplyDelete
  3. Aik,tiba2 ikut idea mahathir plak nak tawarkan latihan kepada rakyat,apa cita ni?

    ReplyDelete
  4. Saya ada dengar kerja drebar uber grabcar kalau rajin dan ikut caranya boleh dapat pendapatan RM 6000 sebulan.sungguh lumayan sesiapa yang nganggur jangan lepaskan peluang baik ini.

    ReplyDelete
  5. Insyallah menang pribumi.warisan. harapan pru 14
    Musnah dan lenyap bn umno najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com