innity

pages

Tuesday, January 17, 2017

Biarlah jika saya dituduh derhaka, Dr Mahathir jawab Sultan Johor [RAKYAT BERSAMA TUN M]

The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr Mahathir Mohamad, sehari selepas dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail kerana cuba “menakutkan” rakyat berkenaan pelaburan China di negeri itu.
“Saya berharap dengan menjawab cabaran Sultan, saya tidak akan ditangkap atau dipenjara tanpa bicara. Sekiranya saya akan dibicarakan, saya mengalu-alukan ditangkap,” kata Dr Mahathir, yang sebelum ini mempersoalkan projek Forest City di Johor yang menurutnya akan menggadaikan Malaysia kepada China.
“Saya seorang rakyat Malaysia lahir di Kedah. Malaysia tanah air saya dan tumpuan taat setia saya. Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah.”
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, yang bukan pertama kali berselisih pendapat dengan keluarga diraja dan pihak istana, berkata apa yang diutarakan beliau itu adalah berdasarkan laporan Bloomberg, yang antara lain melaporkan usaha giat mempromosikan hartanah di Forest City kepada beratus ribu warga China.
Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
“Saya tidak rasa Melayu atau Cina Johor membeli atau akan membeli pangsapuri itu. Tidak ramai rakyat Malaysia membeli semua hartanah ini,” katanya dalam suratnya kepada The Star.
Semalam, Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir cuba memainkan “politik perkauman” dalam kritikannya terhadap pelaburan China.
“Dia bermain dengan politik ketakutan dan kaum, yang tidak ada tempat di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman.
“Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya mahu kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara lain termasuk Australia dan United Kingdom,” katanya dalam wawancara bersama The Star.
Menurutnya, Dr Mahathir sudah lupa banyak perkara yang dilakukan sebelum ini.
“Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala apa daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat sebelum ini.”
Dr Mahathir bagaimanapun berkata beliau sudah biasa dituduh mengamalkan perkauman Melayu sempit.
“Sikap melabel, memburukkan saya hanya menyerlahkan kekurangan hujah berasas bagi menangkis tindakan dan kenyataan saya,” katanya
Pelaburan asing zaman saya
Dr Mahathir dalam jawapannya mempertahankan dasarnya membawa masuk pelaburan asing, dengan menambah ia bertujuan mengembangkan industri dan bukan mengenai hartanah.
“Pelaburan asing langsung (FDI) adalah mengenai pelaburan dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat Malaysia akan bekerja dalam industri. Mereka akan pelajari kepakaran dan memulakan kilang mereka sendiri,” kata Dr Mahathir, yang terkenal dengan Dasar Pandang ke Timur bagi mencontohi keusahawanan Jepun.
“Pandang ke Timur bukan menyuruh negara timur beli tanah di Malaysia, atau memajukannya dan menjualnya kepada rakyat mereka. Ya, kami menggalakkan orang asing menjadikan Malaysia rumah kedua mereka. Tetapi bilangan mereka amat sedikit,” kata Dr Mahathir.
Menurutnya, pemaju tempatan berkemampuan dalam bidang hartanah.
“Lihatlah Malaysia hari ini. 90% atau lebih daripada binaan dan pembangunan dilakukan syarikat Malaysia. Majoriti pembeli adalah rakyat Malaysia, dan mereka tinggal di situ.
“Tetapi apabila warga asing beli tanah, ia tidak mendatangkan modal. Sebahagian besar wang dipinjam dalam negeri, dan mereka pula berurusan dengan bank mereka sendiri,” kata Dr Mahathir. - FMT
Komen Netizen Menyokong Tun Mahathir:
Md Zairi Mat Talib Dtg forest city.. danga bay atau projek mega yg tgh rancak skrg ne... cuba la tanya nilai rumah yg ditawarkan.. paling tidak pun kita tgk sales men diaorg org mana.. kita akan dpt jwpnya... lepastu kita fikir esk masa dpn ank atau cucu kita mcm mana...
Abu Hisham Hamid Tun bukan baru dlm politik..segala pandangan dan kritikkan tun tetap releven dan kebimbangan tun tentang peluasan china dalam ekonomi negara perlu diwaspadai kerana sudah banyak negara sudah merasa kesannya...!!
Roshaiza Omar Agaknya ramai ker org melayu yg mampu miliki hartanah tersebut.hhmm..
Kelisa Emas Betul ...mcm kata Nazri Aziz.jual tanah pd china tanah tetap dkt msia. Satu inci pun xdibawa balik ke China...tapi persoalannya tanah tu dah jadi haksiapa...ketuanannnya???apa kita boleh buat bila dah jadi hakmilik orang asing mcm lapangan terbang tentera udara di sg besi misalnya..yg rugi negara Dan rakyat.yg untung siapa?sgt simple...renung2 Dan fikiranlah wahai anak bangsa.
Amd Tarmizi Yg duk kaya depa jugak..yg kita rakyat ni ttp mcm tu juga..renung² kan la nasib rakyat marhaen.. xkira la negeri mana pun..sama ja semua..
Abdulwahab Hanafiah Tun bercakap bg pihak rakyat tp pihak istana bercakap bg pihak atasan dan golongan elit
Sha Shaz'rule Aq nk kata macam2 kat sultan....tp negara ni ada undang2....lupakan sajalah
Arif Taufiq Mmg la sapa pn bleh bli..tp hrga tu owg mlayu cm aku mmpu tgk ja la..tuanku xpa la kaya..Mmg la diorg x leh bwak blik seinci tanah pn..cuma tkt malaysia jd chinasia ja..huhuhu
Mohd Faizul Khairul Aku x nampak pelabur beri peluang pekerjaan pada bumiputera..cube tgk kt jobstreet...candidates must chinese..so kt mne keuntungannya...
Riduan Mohd Noor Mcm sama ler ulasan sultan johor dgn ulasan nazri aziz... kondo & tanah yg dijual kpd warga asing masih trletak di mlysia... xtahu ler nak kata apa...
CM Fivezo Memang betul forest city tu 100% org luar beli..bkn rakyat malaysia..jelas lagi benar..
Cahaya Kehidupan TUN M...banyak pengalaman..apepun...sy setuju dgn kata2 TUN M .lgpun ...rakyat susah raja bukan nk tolong pun...raja bukan tau pun..rakyat makan ke tidak...rumah nak runtuh ke tidak???...sekrng ni rakyat terbeban lagi dgn GST...raja.buat tak tau je....
Rahman Fuad Respect tun kerana beliau sering mengambil berat dlm semua kebajikan rakyat tidak mengira bangsa dan kesan2 kepada negara akan dtg...
Pyan Jaamat Sultan kesayangan BANGSA JOHOR... 😄
TUN kesayangan hampir 90% rakyat Malaysia.. kan mak bonda Zaara Abu Bakar.. hahahahaha
Noor Maziah Susahlah kalau dah melibatkan sultan2 ni.. sepatutnya hal2 begini sultan2 tak payah campurlah sbb ini antara rakyat dgn rakyat shj.. kalau melibatkan rakyat ditindas dgn ekonomi mencengkam tangkai jantung rakyat tak ada plk sultan bidas-membidas..
Siti Fairos Mohamad Sesetengah kita hanya takut bile sultan murka tp penah tak kita pk tentang Allah pnye murka Pulak mane yg korg takut?
Michelle Hayati Kang nk komen.tersalah ckp.kena tangkap.but tun M d best.everytin is tun M.tq tun M
Muhamad Shaiful Akir Klu dh depa beli tanah kat johor lma2 makin ramai rakyat singapor beli..masa dpn nanti mcm mna..fikir la..dato M dah kaji semua ni...mcm korang jual tanah pd org lain gran tanah ada pada korang ke x?mesti serah pd si pembeli..fikir la bro...



24 comments:

  1. I speak my mind and I do not owe anyone any apology.

    There is a great difference between a atatesman and a king

    A statesman knows what he is talking about after he had led a nation for 22 years to an envious position, envied by friends and foes albeit imperfections. Some rules a state out of inheritance

    ReplyDelete
  2. mahathir, a man without rhetorics

    mahathir, a statesman who does not beat around the bush

    mahathir, a leader who calls a spade a spade

    Mahathir is an exemplary leader.......period

    ReplyDelete
  3. Jangan hanya menjaga kepentingan diri, sebab dapat komisen peratusan dalam saham Forest City sedangkan kepentingan negeri dan negara tergadai sedikit demi sedikit kepada orang asing.

    Kita semak sejarah semula la, Singapura diserahkan oleh siapa kepada British melalui Stamford Raffles dengan si penyerah Singapura tu diberikan elaun oleh British?

    Malahan Johor Military Force, atau Askar Timbalan Setia, apakah fungsinya kepada kepentingan negeri Johor dan rakyat Johor? Apakah faedah Johor Military Force atau Askar Timbalan Setia ini kepada rakyat Johor sedangkan gaji dan pembiayaan operasi Askar Timbalan Setia ini adalah menggunakan wang cukai rakyat negeri Johor?

    Rakyat mengkaji dan menilai, zaman sekarang banyak rakyat yang berpelajaran tinggi, maklumat adalah mudah diperolehi, terpulanglah kepada pihak yang berkenaan untuk terus bongkak dengan darjat yang ada atau berusaha untuk memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  4. Depa mai sini dgn bawak duit yg banyak bukannya utk meniaga tapi saja duk tabur duit xpasai kita huyun nak sambut duit depa mcm hamba. Depa sanggup beli teh tarik dgn harga RM4 untungla kat tokey kedai kopi. Tapi kita xdpt lah nak lepak kedai kopi mcm dulu lagi pasai dah tak mampu. Depa beli baju harga RM150 untungla kat tokey kedai, dah sume pakat juai baju mahai. Kita pakat pakai baju bundle je lah. Kita teringin gak nak banyak duit mcm depa maka banyaklah yg mula meniaga tp modai mai dari depa jugak. Depa tambah kaya rakyat lagu tu gak la. Xkan melayu hilang didunia. Hat tu saja yg kita simpan.

    ReplyDelete
  5. Sepatut nya sultan yg kedepan dalam hal hal bangsa dan tanah air .Kan ke Tuanku payung rakyat .

    ReplyDelete
  6. Wallahi aku orang Johor ,tapi aku sokong penuh Tun .Hidup Tun!

    ReplyDelete
  7. Insyallah rapatkan saff..menentang kebobrokan..hapus lenyap najib umno raja zalim..amin

    ReplyDelete
  8. Insyallah allah peliharakan tun mahatir...laknati pemerintah zalim

    ReplyDelete
  9. Raja tak payahlah campur hal rakyat. Org politik atur rakyat. Raja pun nak atur rakyat. Abih anta rakyat pegi sekolah ni buat apa. Buat pilihanraya ke cepat. Yakinlah rakyat akan bangkit.

    ReplyDelete
  10. Rata2 komen tak berani nak tulis lebih2.....sama lah maksudnya rakyat ada pandangan yg lebih tepat dan benar. FAKTA.
    Apa pun Tun memberikan fakta yg cukup menarik utk di renungkan dan jawaban nya jelas.....
    Allah Maha Mengetahui....jika benar, maka binasalah....

    ReplyDelete
  11. Aku di America...tatkala kerabat raja datang melawat, tak heboh dan press pun tak berapa tahu...tapi kalau Tun M yang singgah....the press as always makes it newsworthy if not a front page news!

    So, go figure between Tun M and kerabat raja raja....

    Lately however PM01 do make some news whenever he drops by except now since Zahid's Jawa English in place of PM01 at the UN assembly last year, the bugis-thief rather spend his holidays downunder only because he became so FAMOUS...but for world known reasons that he won't be able to dodge upfront no holds bar question/s!!! With Tun M, ask him anything and you will get a reply!

    ReplyDelete
  12. Setuju ckp tun m bnyk tak puas hati dgn kehidupan istana ni tp tak pe kah malaysia ni milik bapak depa yg punnya padahal lupa allah pemilik segalanya

    ReplyDelete
  13. kemaruk sgt nak maju...akhirnya tanah tergadai....samalah mcm jual singapura dulu....akhirnya anak cucu cicit merempat bangsat..setakat jadi cleaner dan jaga bolehla....."NENEK MOYANG KAYA RAYA....TERGADAI SELURUH HARTA BENDA..AKIBAT SENGKETA SESAMA LAH KITA BUMI DI PIJAK MILIK ORANG..." kesian anak anak cucu ku....

    ReplyDelete
  14. Jika ditanya apa maksud pelaburan langsung asing (fdi) ? adakah ianya bermaksud membawa wang asing untuk membangunkan negara?

    Memang benar definasi ini, walaubagaimanapun adakah pelabur dari negara china melakukan perkara yg sama?

    Jika benar kenapa kita mendengar rungutan rakyat bahawa projek pelaburan dari negara china tidak memberi pekerjaan kepada rakyat negara ini?

    Terdapat khabar angin mengatakan syarikat negara china menawarkan gaji terlalu murah sehinggakan jika bekerja di negara indonesia boleh menawarkan gaji lebih tinggi dari syarikat negara china ini.

    Malahan bekalan bahan2 mentah untuk pembinaan juga dimport dari negara china menyebabkan pengilang2 malaysia kehilangan sumber pendapatan.

    Jika kenyataan Tun tidak benar, buktikan dengan mengadakan panel audit bebas tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak berkepentingan dengan menunjukkan :

    1.berapakah ratio bilangan pekerja diantara rakyat malaysia:rakyat china:rakyat asing, yg bekerja dengan syarikat negara china ini?

    2.dari manakah sumber bekalan bahan mentah serta pembinaan dengan memberi ratio negara malaysia:china:negara asing?

    3.Berapakah kos pelaburan sebenar syarikat negara china untuk projek pembinaan di negara ini? Adakah berbillion billion seperti di warwarkan atau hanya berpuluh juta sahaja?

    4.bagaimana pula budaya asing? Gejala sosial dan jenayah dengan 700 000 dan lebih ramai lagi dengan kehadiran mereka menetap di negara ini?

    5.adakan mereka akan patuh dengan undang2 negara ini? Bersediakah kita dengan budaya komunis kapitalis china? Bolehkah mereka dihukum?

    Fikirkan semula? Adakah berbillion billion dibawa masuk ke negara ini?


    ReplyDelete
  15. Sultan dgn Tun, dua2 mati balut kain putih dan masuk kubur jugak.

    ReplyDelete
  16. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

    Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya, keadaan menjadi lebih buruk.

    Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab. (Tepuk) (Siapakah Raja dan anak Raja tersebut? – JMD)

    Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja. Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

    Insiden di Johor hanyalah dengan izin, “the straw that broke the camel’s back”. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan “tolerate” perbualan seperti ini

    ReplyDelete
  17. Kalau la aku berada dlm kedudukan mcm Tun M, lebih drp tu aku akan ckp sebab sultan2 kt selatan semenanjung nie mcm hidup dlm alam fantasi melayu purbakala. Institusi beraja nie asasnya adalah rakyat...kalau rakyat tak mempertahankan institusi nie atau merasakan tidak relevan di zaman ICT nie dah lama raja2 akan terbuang. Rakyat dah pandai tuanku...bukan otak kekampungan lagi dah. Sekurang-kurangnya berjiwa rakyat la skit dgn menjadi pelindung ke 2 utk rakyat daripada kelemahan2 kerajaan. Tun M nie aku respect abis sebab tak pernah lari drp cabaran, berani berdepan walau sapa saja dan bercakap demi rakyat. Sayang dia sedang meniti penghujung usia...

    ReplyDelete
  18. setuju ngan anon 2 59pm.
    ayahanda tun lejen terlejen.
    tabik spring
    #beranikeranabenar #lebiuayahanda #standwithtunm

    ReplyDelete
  19. Macam mana tak marah kawan tu kacau kawah nasi beliau. Tapi cakap demi rakyat saya sokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nak orang kacau masuk je sekali dalam kawah tu..abis crita.

      Delete
  20. Tun M u are not alone. We are all behind u.

    Tun M berasal dari keluarga yg susah. Pergi sekolah kayuh beca dengan abangnya. Pernah berjual di Pekan Rabu untuk cari duit poket. Pergi lawat Rumah Kelahiran Tun M di Alor Setar, rumah kecik, bilik sempit, dapur sekangkang kera. Itulah tempat Tun M dibesarkan.

    Tun M faham liku2 kehidupan orang macam kita ni. Beliau merangkak dari bawah, dari keadaan serba kekurangan.

    Beliau tak perlu nak gimik2 makan digerai, makan bersila, minum cawan plastik, makan ikan kering.....semua tu pernah beliau tempuh dan lalui lebih dulu dari kita. Itulah realiti hidupnya sewaktu membesar.

    Tun M lebih tahu kehidupan rakyat susah dan rakyat peringkat pertengahan. 22 tahun Tun M mentadbir tanpa GST tapi rakyat dapat hidup makmur, tidak tertekan, dapat bangunkan negara dengan jayanya (hasil jasanya boleh kita nampak hingga sekarang), berjaya bawa nama Malaysia ke persada dunia, pemimpin2 dunia hormatkan Malaysia, negara2 asing segan dengan kita.

    Apa pun yang orang kata tak jadi kudis pada aku. Tun M tetap di hati. Respect aku sama macam mula2 Tun naik jadi PM, malah tak pernah luntur sikit pun.

    Bagi yang berakal boleh fikir dan renungkan. Sendiri fikir, sendiri bezakan. Don't judge a book by its cover. Mata boleh diperdayakan dengan berbagai gimik, tapi hakikat yang sebenar di sebalik tabir itulah realitinya.

    ReplyDelete
  21. Anon 7.41
    Lu pegi melingkup la!!

    ReplyDelete
  22. Anon 7.41AM
    Lu pegi melingkup la!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com