innity

pages

Friday, January 20, 2017

Betulkah Najib mendengar, tanya siswa



Asalnya mereka mahu menyampaikan mesej kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi hajat kira-kira 15 aktivis siswa terbabit tidak kesampaian.

Apa yang mampu dibuat hanyalah menaikkan sepanduk mereka ketika rombongan kenderaan rasmi membawa perdana menteri itu berlalu meninggalkan kawasan Universiti Malaya (UM).

Mereka menunggu di pintu utama di bahagian Kerinchi namun kenderaan Najib tiba untuk majlis dialog bersama belia di Dewan Tunku Canselor dari pintu Petaling Jaya.

Terdahulu, Anis Syafiqah dan aktivis lain berharap Najib memasukkan reformasi pentadbiran universiti awam sebagai satu daripada pelan transformasi 30 tahunnya yang dinamakan TN50.

Anis Syafiqah berkata gesaan itu dibuat kerana perdana menteri sendiri berjanji untuk "mendengar suara" seluruh rakyat di negara ini.

"Kita sudah dengar perdana menteri kata, beliau sedia mendengar suara seluruh rakyat. Beliau mahu melaksanakan dasar bottoms up (dari rakyat ke kerajaan).

"Kalau ia benar-benar mahu dengar keluhan rakyat, mengapa tidak semua siswa dijemput ke majlis malam ini?" katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com