innity

pages

Friday, January 27, 2017

Benarkah PM bagi Bayangkan PRU-14 Bukan Tahun Ini atau Itu Semua Muslihat


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan diadakan pada tahun ini.

Beliau berkata, penetapan tarikh mesyuarat Umno peringkat cawangan yang dijadualkan pada 17 Mac hingga 30 April ini manakala mesyuarat bahagian pada 7 Julai hingga 26 Ogos ini tiada kaitan dengan PRU-14.

"Tak ada. Tahun ini adalah tahun biasa. Jadi kita buat mengikut kesesuaian. Kita ada Hari Raya, Ramadan, Sukan SEA dan sebagainya. Ini tarikh yang sesuai (untuk adakan mesyuarat)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Ketika ditanya bilakah spekulasi mengenai PRU-14 akan ditamatkan, Najib dalam nada berseloroh berkata, itu soalan spekulasi.

Sementara itu, Najib turut enggan mengulas lanjut mengenai kerjasama Umno dan PAS dalam menghadapi PRU-14.

"Tak perlu setakat ini. Kita kerjasama atas isu kepentingan ummah seperti isu Rohingya, kita dapat berada di pentas yang sama dan saya diberitahu pelancaran kapal Flotilla pada 3 Februari ini, Insya-Allah PAS akan hadir.

"Jadi maknanya kita boleh bekerjasama atas isu yang menyentuh soal ummah, soal Islam dan sebagainya. Soal PRU-14 itu lain cerita, ini soal ummah, rang undang-undang kita bincang sama-sama. Jadi pilihan raya lambat lagi," katanya.

Mengikut rekod, 2018 adalah tempoh berakhirnya penggal lima tahun pentadbiran selepas PRU-13. 

Ia bermakna, PRU boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

3 comments:

  1. Jentera parti BN sudah digerakkan untuk PRU, dijadualkan pada pertengahan tahun dan mungkin lebih awal.

    Sabah diberi kebenaran oleh Najib untuk mengadakan PRN terlebih dahulu.

    Jika sabah BN menang, gerenti semenanjung akan adakan PRU lebih awal.

    Bersiap sedialah barisan parti pembangkang dari sekarang, lakukan groundwork dari sekarang, jangan lengahkan, mulakan gerakan dengan diseluruh kampung2 semenanjung ini.

    Tumpukan perhatian bagaimana nak tumbangkan najib! Jangan ada persengketaan antara parti pembangkang!

    Berkongsi kuasa dan bermuafakatlah diantara kamu semua!

    Fokus! Fokus! Fokus!

    ReplyDelete
  2. Satu penipuan..untuk keliru rakyat..insyallah...warisan pribumi harapan menang pru14

    ReplyDelete
  3. Dah goyang mana nak buat awal,nak mampos.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com