innity

pages

Thursday, January 12, 2017

Bekas pengurus Falcon Private Bank dipenjara dan didenda kes berkaitan 1MDB, DI M'SIA 1MDB SUCI & HALAL


SINGAPURA, 13 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Seorang bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank dijatuhi hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000 selepas mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan berhubung kes yang ada kaitan dengan 1MDB.
Jens Sturzenegger, 42, didakwa pada 5 Januari dengan 16 tuduhan termasuk gagal untuk melaporkan urus niaga mencurigakan yang menunjukkan aliran masuk kira-kira AS$1.265 bilion (S$1.81 bilion) ke dalam dua akaun di antara 21 dan 25 Mac 2013.
Baki 10 tuduhan masih dalam pertimbangan. Pihak pendakwaraya memohon hukuman 30-32 minggu penjara dan denda berjumlah S$150,000.
Sturzenegger, merupakan warga asing pertama dan orang kelima yang didakwa berhubung dengan skandal yang ada kaitan dengan 1MDB.
Dia turut dituduh berbohong kepada polis dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Beratus-ratus juta dolar dipercayai telah dipindahkan dari akaun di Falcon kepada Jho Low dan rakan-rakannya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dibersihkan namanya daripada kesalahan oleh Peguam Negara Malaysia.
MAS berkata, kelakuan tidak wajar Sturzenegger ini telah menjejaskan keberkesanan fungsi pematuhan cawangan Singapura dalam melaksanakan tanggungjawab.
Dia ditangkap pada 5 Oktober lalu dan diikat jamin sebanyak S$80,000. – Agensi

6 comments:

  1. "Beratus-ratus juta dolar dipercayai telah dipindahkan dari akaun di Falcon kepada Jho Low dan rakan-rakannya serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dibersihkan namanya daripada kesalahan oleh Peguam Negara Malaysia." - siapa yang cakap ni??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. suharli,

      http://www.theedgemarkets.com/my/article/ex-falcon-manager-gets-jail-fine-1mdb-related-case

      Delete
    2. Tu org dah bg link..pi baca..tp sure hg ckp ini semua fitnah..n mintak bukti lg..walaupun bukti dah bg sampai court Singapore pin jatuhkan hukuman pon kau tak percaya..bukak lah mata wei..aku bukan sokong TDM n tak kesah dia punya perbalahan dgn ah gor. . tp aku benci org yg tak amanah n rasuah especially org islak..

      Delete
    3. Suharli nasripon....mu ni skoloh darjah berapa??kalu nk sokong pun biarlah kena pada tempat.....jgn nampak bodoh sgtttt

      Delete
  2. taubat kalau berita ni masuk tv3 suku dan utusan..
    ahli2 umngok dok lena lagi....

    ReplyDelete
  3. dah ada didepan mata..
    kalau rakyat dok sokong lg UMNO..nak kata apa ahhh..memang ..... piang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com