innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

BANTAH Sekatan Muslim oleh AS, DAP serah Memorandum Jumaat ini




DAPSY akan Menyampaikan Memorandum Bantahan Mengenai Sekatan Muslim oleh Amerika Syarikat
- - - - -
Pemuda Sosialis DAP membantah perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Perintah eksekutif tersebut akan menyekat kemasukan Muslim daripada beberapa negara majoriti Muslim dan sekatan tersebut juga melibatkan mereka yang memiliki 'kad hijau' pemaustatin tetap dan visa-visa lain yang diperoleh secara sah oleh Jabatan Imigresen Amerika Syarikat.
Tindakan oleh Presiden Trump ini bersifat diskriminatif dan mencabuli hak asasi manusia.
Perintah ini juga akan memberi kesan ke atas pelarian - mereka yang sedang memasuki dan juga mereka yang telah pun mendapat keizinan untuk mendapatkan suaka di Amerika Syarikat. Sekatan ini juga bercanggah dengan nilai-nilai demokratik yang dijuarai oleh Amerika Syarikat.
Sebagai sebahagian daripada masyarakat dunia dan pendokong demokrasi, adalah tanggungjawab kita untuk menunjukkan solidariti kepada mereka yang terkesan dengan dasar yang tidak munasabah ini.
Kami akan menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat pada hari Jumaat ini. Sertai kami dan sokong perjuangan yang berhasrat untuk memulihkan hak asasi manusia tanpa mengira agama dan kepercayaan.
Hari: Jumaat, 3hb Februari 2017
Masa: 2.30pm (selepas solat Jumaat)
Lokasi: Kedutaan Amerika Syarikat, 376, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

7 comments:

  1. Sapa lebih berani bersuara untuk umat islam........DAP atau Parti Ajaran Sesat????

    Parti untuk macai najib only tak kisahlah...memang cakap saja, agama dijual/beli

    ReplyDelete
  2. Mgkin yg jiwanya mudah dibeli bg DAP usaha tersebut dikira sudah memadai utk memperdaya skapa mrk sebenar. Kita yg kenal sungguh DAP tahu sandiwaranya boleh buat apa shj. Usahanya utk dilihat tak memusuhi Islam dan melayu perlu lbh dr itu. Beranikah DAP mengubah pendiriannya menyokkng RUU355? Beranikah mengubah perlembagaan Parti supaya lebih mesra Islam, mesra melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, saya melayu dan muslim. saya pun tak sokong ruu355. Buat apa sokong? itu bukan undang islam. itu undang manusia dalam pas dan sekarang umno dalam kes jual beli agama.....

      Tak malukah?

      Kalau sikafir dah bersubahat dengan si sesat....emua boleh.....pas/umno dengan megalomania nya

      Delete
    2. Kena beli dgn umno tak nak ulas ke?

      Delete
    3. Bro 8:29..

      Kenapa bila DAP menolak RUU355 ianya digembar gemburkan tetapi dlm pada masa yg sama MCA juga turut menolaknya..kenapa tiada komen utk MCA???kenapa berat sebelah???

      AT least DAP jugak yg pertama berani bersuara dlm isu Sekatan Muslim oleh Amerika Syarikat..MCA n rakan BN lain manaaaaaaa??

      Delete
  3. Sdra 8.29,

    melayu muslim di sabah dan sarawak TIDAK MENYOKONG RUU355...kami ini muslim melayu/bumiputera...

    kami percaya hanya undang Allah yang terpakai untuk semua manusia di muka bumi ini. Kalau di saudi arabia di mana populasinya dalam 99.9% muslim.....kita boleh pakai. Itupun di saudi bukan semuanya ada. Mereka berhukum pegangan yang SYADID

    Ini Malaysia, 55% lebih sikit mualim. Mengapa hanya orang islam saje kena akur? hukum Allah untuk semua. Kalu najib didapati terbukti penyamun, bayangkan ramai anggota muslim termasuk PAS yang bersubahat patut dikena hukum hudud!!!!!

    Jelas kita da hukum sekarang. enforcekan.....jangan dok diam. Yang menjadi masaalahnya ialah hukum2 yang sedia ada TIDAK DIJALANKAN. Nak tempek hukum lain lagi??? Pemikiran yang lembab apa ni????

    ReplyDelete
  4. sokong 10:00. Saya pun anatara ramai yg tidak terikut2 dgn mainan wayang dan lelong islam ru355 apa ka benda tu.Dh smpai masa tak boleh dudok diam ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com