innity

pages

Wednesday, January 25, 2017

Antara Pas dan MCA, siapa yang Najib dan UMNO lebih sayang?


Menjelang pembentangan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dijangka Mac depan, Pas dan UMNO sehingga ini nampaknya selesa dalam menjalinkan kerjasama antara mereka.

Tidak saja Pas dan UMNO dijangka bersama dalam Himpunan Akta 355 pada 18 Februari ini, malah mengunjungi pejabat menteri dan mengembara hingga ke London juga tidak lagi kekok untuk dilakukan.

UMNO BAWA PAS MAKAN ANGIN DI LONDON


Apatah lagi  UMNO turut akan membincangkan penyertaan dalam himpunan itu dalam mesyuarat Majlis Tertingginya pada penghujung bulan ini. Jika Himpunan Akta 355 pada 18 Februari berjalan seperti yang dirancang, bermakna ia acara kedua selepas perhimpunan Rohingya,  di mana Pas dan UMNO saling bekerjasama.
Terlihat segala-galanya nampak lancar, senyum pemimpin UMNO dan Pas juga terserlah makin melebar.

Tetapi, di ketika DAP yang digembar-gemburkan anti Islam dan lain-lain dakwaan hanya berdiam diri, MCA ternyata makin garang memberi penentangan.
Terbaru, menjelang PRU 14 yang tarikhnya bila-bila masa dan kedudukan Najib Razak tidak menentu keadaannya, MCA tampil memberi amaran bahawa tindakan UMNO membenarkan usul tersebut dibentangkan hanya berisiko menyebabkan perpecahan BN.

Akhirnya, jadikah usul itu dibentangkan pada Mac nanti?

Antara Pas dan MCA, siapa yang Najib dan UMNO lebih sayang?

 (http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 24/01/2017).

4 comments:

  1. Tiada yang lebih disayang. Sebaliknya mereka ditunggang. Of course sekali naik bayarannya pasti. Kuda PAS dah bayar deposit RM90 juta. Biasalah melayu suka publisiti. MCA ada juga tapi adat cina, biar pecah diperut jangan pecah dimulut.

    ReplyDelete
  2. MCA cakap banyak (depan orang Cina) untuk tunjukkan dia bela Cina lebih kuat daripada Dap tetapi dia sayang dan tak nak hilang kerusi dia (yang semuanya dihadiahkan oleh Umno di kawasan majoriti Melayu).

    Sebenarnya, dia ni satu sen pun tak guna sebab sentiasa beri menang mudah kepada Dap. Pada PRU14 nanti, elok orang Melayu kasi PAS menang bila berdepan MCA atau Gerakan atau MIC di kawasan Melayu. Kalau nak pun, Umno berilah diorang ni satu atau dua jawatan Senator bagi mewakili kaum mereka. Eksyen nak tentang RUU355. Ingat sikit, ini negara Islam.

    ReplyDelete
  3. Antara pas dan mca siapakah bijan dan umno lebih sayang?

    Ini jawapannya....

    Dua dua bijan tak sayang, dia lebih memikirkan kaedah dan cara2nya untuk menyelamatkan dirinya dari dihumban di sumbat ke DALAM....errr kedalam JAIL!!!!

    Nak bagitau ler, sekarang ni bukan
    lagi kes samun, tetapi KHIANAT Dan MENDERHAKA terhadap rakyat dan negara!

    Apakah hukuman menanti bijan dan sekutunya?

    Lu fikirlah....

    ReplyDelete
  4. Jail tu kasar bunyinya sedara,lain kali sebutlah resort.baru canggih bunyinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com