innity

pages

Wednesday, January 4, 2017

[AKHIRNYA PEMUDA PAS BERANI LAWAN NAJIB] Gesa penyiasat bebas, Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Bahri


KENYATAAN MEDIA
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
4 Januari 2016M | 5 Rabiulakhir 1438H

PERSARAAN AWAL BEKAS PENGARAH BAHAGIAN OPERASI KHAS (BOK) SPRM : MESEJ TERSIRAT KEPADA RAKYAT

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa bimbang terhadap sistem pendakwaan rasuah di Malaysia dengan persaraan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain berkuatkuasa 30 Disember 2016 yang lalu ekoran apa yang didawa sebagai kekecewaan terhadap kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah. Mesej yang tersirat kepada rakyat ialah persoalan yang timbul, adakah benar-benar wujud campurtangan eksekutif terhadap SPRM?

2. Kenyataan Bahri seperti yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini 4 Januari 2017 itu antara lain lagi menyebut kenyataan beliau sebagai ‘tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik’. DPPM menyifatkan kenyataan tersebut terbuka dan berani sekaligus menandakan bahawa beliau sanggup menghadapi apa jua risiko akibat dakwaannya yang boleh mengundang persepsi terhadap sistem keadilan negara.

3. Rakyat pada hakikatnya sedang memandang dengan serius isu kredibiliti yang menjadi isu utama pada hari ini. Keyakinan kepada kemampuan kerajaan untuk mentadbir ditambah pula terhadap keraguan terhadap akauntabiliti parti pemerintah pada hari ini mengakibatkan ekonomi negara terus merudum dan pihak yang akan menanggung kesan jangka panjang ialah rakyat dan generasi yang akan datang.

4. Masyarakat masih mengingati dengan jelas bagaimana isu SRC yang akhirnya ditamatkan dengan penuh misteri. Ia bermula dengan serbuan SPRM terhadap tiga buah syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd pada awal Julai 2015 bagi menyiasat dakwaan bahawa tiga buah syarikat tersebut terbabit dengan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri. Namun ia menjadi kontroversi apabila perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara telah ditamatkan serta merta selepas serbuan tersebut atas alasan kesihatan. Ia diikuti pula dengan pemindahan keluar dua orang pegawai SPRM yang mengendalikan kes tersebut iaitu Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

5. Sekalipun arahan pertukaran tersebut dikatakan tidak dikuatkuasakan, namun ia telah mengundang satu persepsi di kalangan rakyat bahawa kerajaan bermain ‘silap mata’ dalam isu ini. DPPM menggesa agar setiap dakwaan yang dikeluarkan oleh Datuk Bahri Mohamad Zain setelah bersara awal ini wajib disiasat oleh satu panel penyiasat bebas termasuklah sebuah Suruhanjaya Diraja yang benar-benar bebas dari campur tangan politik. Tiada tolak ansur bagi sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini.

6. DPPM berpandangan bahawa SPRM wajib diletakkan pada kedudukan seperti institusi hisbah dalam sesebuah kerajaan yang bebas untuk menyiasat dan mendakwa tanpa sebarang campur tangan pihak eksekutif. Institusi hisbah seumpama SPRM adalah mekanisme untuk melaksanakan fungsi semak dan imbang kepada sesebuah pemerintahan. Jika wujudnya campur tangan politik terhadap institusi hisbah seperti SPRM, ia menjejaskan pihak pelaksana hisbah (dalam kes ini SPRM) untuk menunaikan kewajipan mereka kepada Allah SWT dan amanah mereka kepada masyarakat.

7. DPPM menggesa SPRM mengotakan ikrar yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sewaktu dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Ogos 2016, “Walaupun amanah yang diberikan kepada saya adalah berat, namun saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan bersungguh-sungguh kerana saya bukan sahaja perlu menjawab kepada manusia tetapi saya perlu menjalankan amanah ALLAH…”

8. Di pihak rakyat, tiada cara untuk membersihkan negara ini dari pengkhianat amanah kecuali bersuara membangkitkan kesedaran dan berubah kepada sistem patuh syariat yang tentunya terbaik untuk rakyat dan masa depan negara di pilihanraya umum yang akan datang.

Sekian.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

9 comments:

  1. Hebat pandangan saudara Ahmad Fadhli ni.

    ReplyDelete
  2. Xckup rm90 juta nie...tekan najib ag

    ReplyDelete
  3. Pemuda perlu perikss tembolok Ed Hardy tu sama. Macam ada mereng meracau semacam boss pas sejak rapat dgn BijaN (boss partai assofbiah ex kafir tu)...mungkin tertelan bahan terlarang tak?

    ReplyDelete
  4. Ramai dalam pas masih berfikir secara rasional. Namun ego kononnya mereka lebih islam dari muslim lain menyebabkan mereka nampak kaku dan non produktif

    ReplyDelete
  5. Takbir allahuakbar

    ReplyDelete
  6. Dari dulu lgi Pas berdepan Bn...tak pernah undur.

    ReplyDelete
  7. Jangan kejap lagi ketua pemuda pas ni diam dahlah. Hadi panggil terus bebagi duit yg tinggal. Tengah susah ni bila bagi dedak ..semua jadi halal

    ReplyDelete
  8. Pandangan kan main hebat ,tapi presiden parti dia sendiri dok sedondon dgn pengkhianat tu dia buat diam,parti pembangkang lain ajak bersama menyingkirkan pengkhianat tu parti dia dok main tarik tali.Rakyat gesa parti dia saman SR isu 90 juta pun tak saman saman.PAS memang parti flip flop

    ReplyDelete
  9. Yang rm 90 juta tu apa cerita K/P pemuda pas ni langsung tak sebut??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com