innity

pages

Saturday, January 21, 2017

Ada gerakan Mahu JATUHKAN TPM, Zahid Hamidi pada PRU14


Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan mahu menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam piliharaya umum akan datang.

Saya dapat tahu ada sasaran untuk menjatuhkan BN di Bagan Datuk dalam pilihanraya akan datang ini, katanya.

Bagaimanapun beliau menyifatkan usaha tersebut umpama "rosak ikan bermula di kepala."

Kenapa Zahid kelihatan begitu bimbang dengan kedudukannya yang mahu dijatuhkan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk?

Bukankah setiap kali pilihanraya beliau sentiasa menghadapi tentangan dan tindakan jatuh menjatuh antata pihak lawan dengan BN melalui peti undi adalah lumrah dan perkara biasa yang dibenarkan dalam undang-undang?

Jadi, apa yang peliknya jika Zahid mahu dijatuhkan dan kenapa kali ini beliau nampaknya begitu bimbang mengenainya?

Apakah usaha menjatuhkannya dalam PRU 14 bukan saja daripada pihak lawan, tetapi juga disedari oleh Zahid sudah bermula melalui gerakan dalam UMNO sendiri?

Siapa daripada dalam UMNO yang mahu menjatuhkan Zahid sedangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti?

Siapa pula yang Zahid maksudkan dengan perumpamaan "rosak ikan bermula di kepala"  yang mahu menjatuhkannya itu?

Adakah beliau menujukan kepada "seseorang" yang memang diketahui dan diperkatakan di seluruh dunia umpama "ikan yang rosak kepalanya" dan sekarang mahu menjatuhkannya pula?

Dengan begitu awal memperkatakan perkara ini,  Zahid seolah-olah semakin sedar bahawa usaha menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri akan dilakukan dengan cara menjatuhkannya dahulu sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Dalam hal ini, Bersatu dengan kerjasama Pakatan Harapan sudah tentu tidak menjadikan usaha menjatuhkan Zahid sebagai agenda utama mereka kerana yang lebih diutamakan ialah menjatuhkan UMNO dan BN itu sendiri. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 21/01/2017).

4 comments:

  1. 1. Zahid knows he is no longer the trusted general.
    2. His move initially intended to score points to save najib by "staging" a meeting with the arab donor/s had actually backfired.
    3. The DoJ's action and or findings of Singapore court had totally rubbished zahid and or najib on the arab donation. Zahid is a liability.
    4. Najib is now subject of ridicule and my view is zahid will be chopped off in the progress.
    5. Najib will not use khairy or hisham to remove him but rather internal mercenary soldiers under his strict instructions.
    6. It is not reasonable to believe it is the work of oppositions and an insult to our intelligence.
    7. The clue zahid uttered was "rotten fish (umno?)..started from the head (president?).
    8. Zahid is strangely a weak character though superficially pictured as tough.
    9. Remember how he had to quietly fly into singapore to apologize to LKY?
    10. Remember how he cowed after TDM exposed his contention of cronyism, nepotism etc?
    11. To me zahid knows his time is very near.
    12. Nonetheless, politicians are politicians.....never discount possibility of zahid crawling out to TDM's camp.....
    13. The game will be over

    ReplyDelete
  2. Zahid komidi dijatuhkan oleh umno bn sendiri insyallah
    Insyallah pru14 pribumi.warisan. harapan menang lebih majoriti 2/3.. amin

    ReplyDelete
  3. Zahid,

    You expect us to believe you?

    No way after you lie about arab donor/s.

    Kuat agama ke? Tapi agama tak suruh kita berbohong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com