innity

pages

Sunday, January 22, 2017

[6 GAMBAR] Pemandu Lori Berhimpun Secara Aman di Petron Tol Sungai Besi


SUNGAI BESI: Lebih 200 pemandu lori menunjuk perasaan berhampiran Plaza Tol Sungai Besi hari ini sebagai tanda solidariti kepada pemandu lori yang dibelasah sekumpulan lelaki selepas terlanggar kereta yang dikatakan milik seorang “Datuk”.
Mangsa kejadian, Nasrul Faiz berkata dia dan majikan menerima ugutan selepas kejadian 14 Januari itu.
“Selepas kejadian saya menerima ugutan dan majikan saya juga kena ugut,” kata Nasrul kepada pemberita.
Nasrul tidak menamakan pihak yang membuat ugutan itu.
Wakil pemandu lori, Hairi Ali berkata, kejadian yang menimpa Nasrul Faiz mencerminkan sikap angkuh sesetengah kelompok masyarakat terhadap kaum pekerja seperti mereka.
“Kerja kami mulia. Daripada sekecil barang hingga sebesar barang kami bawa dan hantar ke seluruh negara. Kami kerja hantar barang kepada masyarakat siang dan malam,” katanya.
“Di luar negara kami pemandu lori dihormati, tetapi di Malaysia kami dibuat macam sampah.”
Nasrul dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.






9 comments:

  1. Kes pukul ... tak pasti kejadian dan sapa yg terlibat.. mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  2. samseng taik kucing, ramai2 pukul sorang, kalau anak jantan ada telor satu lawan satu lah.

    ReplyDelete
  3. SETUJU .... KELOMPOK MANUSIA YG ABOVE LAWS TU PATUT DIHUKUM SECUKUPNYA ....

    ReplyDelete
  4. Tak pasti apa video kes pukul dah tersebar.

    ReplyDelete
  5. ...nak tahu jugak siapa dato' yg bela samsing tu...

    ReplyDelete
  6. Geng Lori perlu kutip sekor-sekor samseng tu, biar dia tahu samseng mereka tak ke mana, jotos sorang sikit. Lagi baik hindik mereka sampai lunyai. Erase status mereka terus dari bumi ni. Kuang Hajourrr..

    ReplyDelete
  7. Bukan setakat pencacai datuk tu je yang patut dihukum, tapi datuk tu pun mesti diambil tindakan sebab kalau dah pencacai mcm taik, kepala datuk pun lagi busuk dari taik. Perangai samseng, datuk tu pun sama lah samseng. Kalau datuk tu tak samseng mesti yang kerja dgn dia ada moral dah bijak dan bukannya ambil penyangak jd pengikut.

    Sbg rakyat, harap pemberi gelaran mana2 datuk yang terlibat dgn mana2 jenayah atau memiliki rekod jenayah, sepatutnya di tarik balik gelaran mereka sbb mereka mencemarkan gelaran datuk yg di anugerahkan kpd mereka utk mendapt pengaruh sbg penjenayah.

    ReplyDelete
  8. Mana abang jamal bila saat anda diperlukan?!

    ReplyDelete
  9. untuk berlaku adil, kami pun tak berapa berkenan dengan sikap pemandu lori/treler/bas yang tak mempedulikan pengguna jalan/lebuh raya yang lain. adakah pengguna jalan/lebuh raya lain takde hak sehingga pemandu lori/treler/bas sesuka hati menghimpit pemandu lain tak pedulikan hak pengguna yang lain ? adakah benar dakwaan selama ini ada pemandu lori/treler/bas mengambil dadah/arak/pil perangsang semasa memandu kerana seringkali laporan polis/JPJ/lain-lain pihak berkuasa akan di nyatakan " Pemandu di dapati berada di bawah pengaruh dadah "

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com