innity

pages

Tuesday, January 3, 2017

[5 GAMBAR] Kejadian TANAH RUNTUH di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands Petang Tadi


GUA MUSANG 3 Jan. - Jalan Gua Musang - Cameron Highland terpaksa ditutup susulan ekoran kejadian tanah runtuh di KM 97 petang tadi.

Keadaan Jalan Gua Musang-Cameron Highlands yang dipenuhi lumpur akibat tanah runtuh petang ini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang itu berlaku akibat hujan lebat yang mana menyebabkan lereng bukit runtuh dengan lumpur dan kayu mengalir turun menutup jalan raya.

Katanya susulan kejadian itu, jalan tersebut telah ditutup buat sementara dan dibuka semula kepada kenderaan pada pukul 6.30 petang tadi.

"Seorang lelaki yang bekerja di tapak pembinaan berhampiran telah memaklumkan mengenai kejadian ini dan anggota pasukan dari Pondok Polis Lojing telah bergegas ke tempat kejadian.

"Runtuhan tanah itu telah menghalang laluan kenderaan dari kedua-dua arah, namun tiada kecederaan dilaporkan. 

"Operasi membersihkan sisa runtuhan tanah itu telah selesai dijalankan oleh orang awam, pekebun dan pihak polis. Kami juga masih membuat pemantauan di sekitar lokasi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya Malaysia dalam satu posting FB memuat naik foto kejadian.


Sumber: Utusan OnlineFB KKR





2 comments:

  1. Apa lg bala yg nk menimpa malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bala tu...rahmat dan nikmat dari Allah..kita syukur jer lah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com