innity

pages

Sunday, January 22, 2017

39 lelaki berbogel ditahan di Bentong semalam

PARA peserta kem motivasi yang berbogel ketika menjalankan aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di Bentong, Pahang semalam. - UTUSAN ONLINE/ GAMBAR IHSAN PEMBACA 

BENTONG 22 Jan. - Tahun Melawat Pahang dicemari dengan tindakan melampau 39 lelaki yang berbogel dalam aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di sini semalam. 

Peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika sedang mengikuti aktiviti tersebut dalam kem motivasi yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira pukul 6 petang. 

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, berikutan itu polis menahan mereka bagi membantu siasatan selepas menerima aduan daripada orang awam. 

Katanya, terdapat 39 peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun menyertai kem motivasi berkenaan dan sembilan orang lagi merupakan wakil syarikat yang menyelia program motivasi tersebut. 

"Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi di pusat peranginan berkenaan," katanya kepada UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com