innity

pages

Friday, December 16, 2016

YDP Agong terima kunjungan hormat Presiden Sri Lanka

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kiri) berkenan bersalaman dengan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena ketika menyambut Presiden itu di Istana Negara, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Istana Negara di sini.

Ketibaan Sirisena disambut Sultan Muhammad V yang diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Kunjungan berkenaan merupakan yang pertama melibatkan pemimpin luar sejak Sultan Muhammad V memegang jawatan itu Selasa lalu menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada Isnin.

Presiden Sri Lanka itu yang tiba di sini semalam, sedang dalam rangka lawatan sulung tiga hari ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.

Lawatan itu akan memberi dorongan baharu kepada kerjasama dua hala yang akan mengukuhkan dan meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Sri Lanka ke tahap yang lebih tinggi. - Bernama



1 comment:

  1. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com