innity

pages

Friday, December 16, 2016

WSJ: Pelabur asing lupus saham, bon M'sia


Malaysia dilaporkan menjadi salah satu daripada ekonomi di rantau Asia yang paling teruk terjejas ekoran kenaikan kadar faedah dan dolar Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan Wall Street Journal hari ini, para pelabur asing menjual saham dan bon Malaysia bernilai AS$5.3 bilion pada bulan November, menjadi aliran keluar bulanan terbesar sejak September 2011, menurut ANZ Bank.
"Ia hampir satu perempat daripada AS$22.1 bilion yang ditarik keluar dari pasaran membangun di rantau ini termasuk China," mengikut catatan WSJ.
Sebahagian besar daripada ini, ujar laporan itu, adalah bon bernilai AS$4.5 bilion dengan aliran keluar hutang bulanan terbesar dalam sejarah, jelas ANZ lagi.
Ia ekoran prestasi ringgit yang terus merudum setelah kehilangan keyakinan pasaran dalam kedudukan kewangan negara dengan skandal 1MDB menjadi antara faktor yang menyumbang ke arah itu.
"Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menyokong mata wang, ringgit kehilangan 6.5 peratus daripada nilainya berbanding dolar AS sejak pilihan raya AS, mencecah tahap rendah hampir 19 tahun pada 30 November.
"Pada hari Khamis, mata wang terus melemah sebanyak 0.9 peratus ekoran pengumuman Rizab Persekutuan mengenai kenaikan kadar faedahnya yang pertama kali pada 2016," ujar WSJ. - MK

2 comments:

  1. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  2. Suharli Masrop....sila komen..sure lu nak ckp Allah baru duga sikit dah gelabah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com