innity

pages

Thursday, December 22, 2016

[VIDEO] Ratu Naga: "Saya datang hantar air, TAPI JAMAL Serang saya"


Niat seorang ahli PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah untuk membantu pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengadu tidak mandi selama empat hari kerana gangguan bekalan air bertukar menjadi pengalaman ngeri.

Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga mendakwa dirinya diserang dengan dibaling enam papan telur, air cat dan juga tepung.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini sambil menambah beliau akan membuat laporan polis kemudian nanti.

Semalam Jamal hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.


6 comments:

  1. Macam ni la.... dah lama puak puak aljuboori... reformasi.... DAP kristian evanhlista...kurang ajar... puak ni tunggu masa nak dikuburkan PRU 14....bila buku bertemu ruas....

    ReplyDelete
  2. Jamal Jamban VS Ratu Naga = 2X5=10!!!
    Kena buku dengna ruas.
    Sama-sama dapat publicity murah.
    Bad news is good publicity.

    ReplyDelete

  3. Puan ratu, ko dah pasti ke air yg ko bawa ke rumah Jamal tu air yg telah dirawat, kalaulah Jamal guna air tersebut dan setelah itu mendapat penyakit dan saman ko apamacam?

    ReplyDelete
  4. No matter how this is not a way to treat a women. sampai hati nak tumbuk tumbuk. Lelaki tak ada bola ni. Kurang ajar !

    ReplyDelete
  5. Org hantar air baru rasa terhina. Tapi sendiri bertuala nak mandi kat pjabat mb tak rasa menghina ke? Nampak sangat politik. Sepatutnya jamal bertuala hari tu mereka mandikan dia dgn air longkang. Tengoklah mcm mana dia layan org lain bila kena provok. Kira mcm budaklah, dia kcau org gelak puas2, tp klu org kacau dia mulalah nangis bawah ketiak. Ni ke muka nak jadi pemimpin? Tak ada ciri2 yg blh dicontohi langsung. Nilh ciri2 manusia yg makin menjauhkn rakyat pada umno bn, perangai mcm sampah. Ekor jamal tu banyak taik, yg bagus dlm umno bn pun akan terkena taiknya. Mungkin org dlm umno bn tu dah tak ada yg cerdik dan matang lagi kot sbb tak ada yg boleh nasihatkan jamal yg perangai sampah tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com