innity

pages

Thursday, December 8, 2016

[VIDEO] PPBM: ISU TIADA KERUSI istiadat lafaz sumpah Agong, Ini semua ANGKARA KEBODOHAN pemimpin UMNO, BN

Ini semua angkara kebodohan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM


8 Rabiulawal 1438H, Khamis – Pembatalan undangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, 13 Disember ini, adalah angkara UMNO dan Barisan Nasional.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Zahid Md Arip berkata, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, tidak dipersalahkan kerana menghantar surat pembatalan itu.
Katanya, sebelum ini, pejabat Tun Dr Mahathir menerima undangan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah itu pada 13 Disember.
Bagaimanapun, semalam, pejabat Tun Dr Mahathir menerima surat daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa undangan itu telah dibatalkan atas alasan mereka tidak dapat menyediakan kerusi untuk Tun pada istiadat berkenaan.
“Saya anggap ini betul-betul bodoh lah.. kerja-kerja bodoh. Sepatutnya kalau kau dah tahu tak nak jemput buat apa hantar surat, lepas tu kau hantar surat bagi pula alasan-alasan bodoh macam ni.
“Tapi Datuk Syed Danial jangan bimbang saya tak marah pada dia. Kita juga tak benci kepada institusi raja dan istana.
“Tapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Syed Danial yang membatalkan jemputan terhadap Tun ini kerana rakyat tahu ini bukan kerja Datuk Syed Danial.
“Datuk Syed Danial saya fikir dia tidak lah sebodoh dan sebebal itu. Ini arahan.. Datuk Syed Danial saya yakin dia mematuhi arahan orang atas yang datang dari pemimpin-pemimpin bebal dan bangang yang berada dalam UMNO dan Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyatan video dimuat naik, semalam.
Zahid berkata, beliau tidak fikir Datuk Syed Danial sanggup menganiaya kerjaya dia sendiri dengan perbuatan bodoh seperti itu.
“Jadi saya ucap terima kasih kepada Datuk Syed Danial kerana dengan pembatalan ini rakyat bertambah benci kepada Najib, Rosmah, UMNO dan BN.
“Datuk Syed Danial jangan bimbang. Kita tahu siapa yang bagi arahan kita tahu jangan bimbang,” katanya.
Surat pembatalan undangan turut dihantar kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menurut surat ditandatangani Syed Danial bertarikh 5 Disember, pembatalan undangan berkenaan bagi mengelak kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir dan isteri hadir kerana pihak berkenaan tidak menyediakan kerusi untuk mereka.
Salinan kedua-dua surat itu telah dimuat naik dalam laman web Marina Mahathir pada petang semalam.
Bagaimanapun, kesahihan surat berkenaan tidak dapat dipastikan kerana belum mendapat maklum balas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. - ismaweb


7 comments:

  1. Gambar yg paling bawah tu muka celaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol2 celaka terutama 3 orang bawah sekali tu

      Delete
  2. Persedian dan aturcara majlis dibuat oleh kerajaan. Penyimpan mohor besar memang menjemput Tun..tapi bila kerusi untuk beliau tidak disediakan oleh pihak yang mengurus maka adalah lebih baik ianya dibtalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sudah nampak kerusi dia di putrajaya akan ditarik balik oleh rakyat dlm pru 14 nanti.
      T.kasih.

      Delete
  3. Surohlah Tun Bawa kerusi Dr rumah... Istana takda budget kot Nak tambah kerusi

    ReplyDelete
  4. Hari ini..tarik kerusi org...lusa kita,tarik kerusi dia....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com