innity

pages

Sunday, December 4, 2016

UMNO Terengganu 'WARNING' Najib: Jangan YAKIN Sangat, PAS suka Tukar 'FATWA' bila-bila masa


KUALA TERENGGANU - Umno tidak perlu terlalu yakin Pas akan bergerak bersendirian sebagai blok ketiga sehingga PRU14.

Penceramah Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, pendirian Pas tidak boleh dijangka kerana parti itu didakwa bila-bila masa sahaja akan menukar ‘fatwa’ sesuai dengan suasana politik dalam partinya.

Menurutnya, suatu waktu dahulu Pas pernah mengkritik gabungan Umno dengan MCA dan MIC dalam BN tetapi kemudian membolehkan partinya sendiri bekerjasama dengan DAP sebelum ini, walaupun DAP jelas menolak perjuangan Islam dibawa Pas.

“Umno jangan harap Pas tidak ikut serta dalam Pakatan Harapan kerana Pas boleh menukar fatwa bila-bila masa. Dia (fatwanya) selalu bertukar dan dia tahu pengikutnya akan mengikutinya. Dulu mengata Umno kerana bergabung dengan MCA dan MIC tetapi dia boleh pula bergabung dengan DAP.

“Mula-mula kata boleh atas ‘tahalluf siyasi’ kemudian tidak boleh pula. Sekarang ini ada ‘ta’awun’ pula,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, Umno perlu berwaspada kerana gambaran itu juga jelas melalui kenyataan positif pemimpin-pemimpin Pas berhubung perlawanan satu lawan satu pada PRU akan datang bagi menumbangkan Umno dan BN.

Mengulas lanjut katanya, Umno perlu memberi tumpuan khususnya penyatuan dalaman Umno sebagai kunci penting untuk pastikan kelangsungan parti itu dalam perkukuh kedudukannya pada PRU14 akan datang.

Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Kuala Nerus berkata, ia perlu dijadikan asas kekuatan di semua peringkat untuk pastikan semua pihak mampu memberi kerjasama padu dalam memperkuat parti.

Keadaan ini katanya, perlu diberi fokus lebih-lebih lagi Umno berdepan cabaran dengan tindakan segelintir pemimpinnya berpaling tadah dengan menyertai Bersatu.

Beliau juga berkata, kelemahan pihak lain tidak perlu diberi perhatian tetapi Umno boleh menganggapnya sebagai bonus, namun diingatkan tidak bergantung penuh terhadap perpecahan khususnya Pakatan Harapan. - SH

9 comments:

  1. Kulop umno..jilat bajib semah
    PPBM KERIS

    ReplyDelete
  2. Kena Ingat siapa yang memaut tangan DAP untuk dinikahi...... segala macam tohmahan terhambur hanya kerana bencinya pada umno.... sebagaimana bencinya Tun pada PAS ketika itu dan kini terhadap UMNO juga. Ustaz nasaruddin yg cuba menjalinkan dan menyambut tali Allah untuk penyatuan turut di hambur sama.... tapi penghalang itu sudah tiada... penutur fatwa sumbang itu sudah tiada.... Allah yg tentukan.... penyatuan ini sedemikian rupa..... kenapa pula kita harus gusar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah firaun pun Allah yg tentukan duduk di situ?

      Delete
    2. kalau umno percaya dgn PAS mmg bodo

      Delete
    3. PRU 13 Najib kena tipu ngan cina
      PRU 14 Najib kena tipu ngan PAS....hu..hu..hu..
      jgn la percaya sgt ngan PAS ni...Party jual Agama...harap serban besor bakul dan jubah meleret leret sapu taik ayam jer PAS ni...

      Delete
  3. Bersatu kita bersatu utk umno kita bersama...mara kita bersama untuk rakyat malaysia..jeng..jeng..jeng..

    ReplyDelete
  4. Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Gerakkan keretaku
    Kawanku telah menunggu
    Ayuh lari … uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…

    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kudak tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang... uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang
    Ah … ha …

    https://www.youtube.com/watch?v=vGRnOsFFTKU

    ReplyDelete
  5. UMNO gelabah cari org nak dijamah, hati bimbg gundah, nak perdaya lagi agak susah, sebab sudah byk buat salah. UMNO cari kwn bila rasa lemah, dah menang buat kawan lawan mcm sampah.

    UMNO loo...UMNO, tembelang kamu dah pecah. Songlap sana sini dah kena dedah, mcm negara ni mak bapak kamu yg punya..tiap kali PRU kamu janji mcm sesumpah.
    Orang melayu dah makin ramai menyampah tunggu parti melayu yg bikin kamu rebah.

    Bersatu laa harapan baru. Tapi kecewakan melayu dgn DAP durjana kamu berpadu. Apakah kamu tak percaya kita melayu boleh bersatu mengggantikan Umno cara melayu? Biar menang kita menang dgn bermaruah namun nak bersepakat dgn musuh biar berputih mata jgn berputih tulang.

    ReplyDelete
  6. Ada jugak ore UMNO yg cerdik....sayang nya Presiden mu tu BODOH. Dia sekarang ni tgh panik nak selamatkan tembolok sendiri, jadi bila PAS bagi tali benang, dia anggap macam rantai bosi lah. Tapi moleklah Presiden mu lagu tu, sonang kami nak sepak turun nanti......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com