innity

pages

Friday, December 2, 2016

UMNO boleh tewas tapi Melayu tetap berkuasa - Melayu Dominasi 70% Kerusi Parlimen, Cina hanya 13%


KUALA LUMPUR, 2 DIS: Panik dan terdesak. Begitulah yang menggambarkan UMNO saat ini berdasarkan ucapan dasar presidennya Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang semberono menuduh institusi Melayu dan Islam akan musnah jika ‘DAP berkuasa’.
Hakikatnya, realiti politik dan fakta membuktikan bahawa kaum Melayu negara ini tidak akan kehilangan kuasa.
Bagaimana mungkin kaum Melayu yang mendominasi 70 peratus kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia akan tewas kepada kuasa politik Cina yang hanya mempunyai 13 peratus kerusi Parlimen?” soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tohmahan itu membuktikan bahawa Najib dan UMNO sedang berhadapan dengan krisis survival politik mereka.
“Apa jua yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sama ada Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri atau UMNO hilang kuasa Kerajaan Persekutuan, orang Melayu di Malaysia akan terus menguasai politik negara ini,” tegas beliau.
Berdasarkan fakta dan statistik, pada tahun 1970, populasi Malaysia terdiri daripada 44.32 peratus kaum Melayu, kaum Cina (34.34 peratus), kaum India (8.99 peratus), Bumiputera bukan Melayu (11.89 peratus) dan etnik lain (0.67 peratus).
Pada 2010 pula, populasi kaum Melayu meningkat kepada 55.07 peratus, kaum Cina berkurangan kepada 24.34 peratus, India mencatat penurunan kepada 7.35 peratus, Bumiputera bukan Melayu kekal pada 11.94 peratus manakala 1.3 peratus etnik lain.
Malah, pada PRU ke-13 yang lalu, 52.63 peratus pengundi merupakan kaum Melayu, kaum Cina (29.68 peratus), kaum India (7.31 peratus), Bumiputera bukan Melayu (8.96 peratus) dan etnik lain (1.43 peratus).
Daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, 114 merupakan kerusi majoriti Melayu yang mewakili 70 peratus kerusi, 22 kerusi majoriti Cina (13 peratus) dan 29 bilangan kerusi campuran. Tidak ada satu pun kerusi majoriti India.
PRU-14 bukan antara UMNO dan DAP
Kit Siang turut menangkis dakwaan Najib kononnya PRU ke-14 adalah pertembungan UMNO dan DAP.
Jelasnya, PRU ke-14 bukanlah mengenai pertembungan UMNO dan DAP tetapi ia merupakan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti yang bersama Pakatan Harapan seperti DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Ia adalah perlawanan untuk selamatkan Malaysia dari kleptokrasi, mempertahankan prinsip-prinsip Perlembagaan demi Malaysia yang demokratik dan adil.
“Sejak menyertai pilihan raya tahun 1969, DAP berjaya memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili oleh pemimpin Melayu dan sehingga saat ini, DAP memiliki ramai pemimpin Melayu dan wakil-wakil di Parlimen dan DUN,” jelasnya.
DAP, tegas Kit Siang, bukanlah parti kaum Cina.
Beliau berkata sepanjang penglibatan DAP dalam pilihanraya sejak 1969 hingga 2013, parti itu mempunyai ramai anggota Parlimen dari kalangan kaum India berbanding MIC sendiri.
“Ini juga tak menjadikan DAP sebagai ‘parti India’ kerana DAP merupakan parti untuk semua rakyat Malaysia,” katanya lagi. –Roketkini.com

13 comments:

  1. Ya..lihat Perak semasa dibawah pakatan selama 11 bulan...mb melayu tapi ikut telunjuk dap...tanah pajakan 99 tahun jadi 999 tahun bagi pada penyokong dap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul n setuju..Melayu jadi boneka..tak pyh nk tipu la lks

      Delete
    2. UMNO gadai tanah rizab cuba cerita sikit....GENTING HIGHLANDS???

      Delete
    3. Tu pasal org melayu kurang pegang kerusi dun perak..tak majoriti..sendrii mau igt laa..

      Delete
  2. Najib bahaya, DAP juga bahaya. Dua dua ni duri dlm daging. Sokong pemimpin melayu yg tak terpalit rasuah dan yg integriti bermasalah.

    ReplyDelete
  3. Siapa yang melesapkan duit rakyat yang berbilion-bilion sehingga mengakibatkan negara dan rakyat menanggung hutang yang macam gunung?? Cina atau Melayu?

    Siapa yang bayar bermilion-milion duit kepada Aabar Ciplak tu tapi kemudian terus senyap tak ada kabar berita pasal duit tu? Cina atau Melayu?

    ReplyDelete
  4. Kalu dah umno...pejuang melayu yg beragama Islam...kini berganding rapat dgn pas utk memperjuangkan Islam...mengkedarah duit rakyat....nk biar lagi....soheh najib penyamun...tp kita dok syok sendiri pertahankan najib...apa punya bingai ahli umno....sudahlah yop..tinggalkan je najib tu....penyamun pondan...bini yg uruskan negara .....najib boneka...lbh baik jd,boneka cina dari jadi boneka bini...

    ReplyDelete
  5. Cakap.main sedap mulut jer...tah terlebih pahala ke buat fitnah ikut sedap mulut ni..ingat mati sikit lah bro...sok mati hang ingat kit siang dan guan eng nak sedekah alfatihah kat hang ke

    ReplyDelete
  6. Terbaik dato lim kit siang
    KERIS

    ReplyDelete
  7. melayu tetap memerintah kerana ini bumi melayu. cina jgn mimpilah. rasuah melayu cina bersorak, tp kit siang diam bila anak dia rasuah. cina jgn mimpilah. kali ini lah CINA HANCUR

    ReplyDelete
  8. WHY AFRAID TO PUBLISH... DO YOU REALLY KNOW THE MEANING OF AFTER APPROVAL...
    APA TAKUT CINA TAHU KE MELAYU TAK AKAN KALAH
    /

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com