innity

pages

Thursday, December 22, 2016

Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN

Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.
“Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain,” kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.
PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini berkata parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.
Mahfodz bagaimanapun mengulangi pendirian pemimpin PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, yang kini mempunyai kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Kita tetap dengan pendirian sebelum ini gabungan dengan parti dalam Pakatan Harapan kita sudah tolak awal-awal DAP dan Amanah, tetapi dengan parti-parti lain yang menghormati PAS, kita masih sedia,” katanya.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan parti itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14.
Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut, memandangkan PAS kini komited bersama Gagasan Sejahtera untuk menumbangkan Umno dan BN pada PRU14,” katanya. - FMT

P/S: Ini kenyataan PAS pada tahun 2012: "Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun boleh saya terima."

4 comments:

  1. Yang satu dituduh kafir
    Yang satu dituduh sesat
    Si sesat tak tolak kahwin dengan si kafir asalkan mas kahwinnya = or > than RM90 juta.

    Sama takut sama kecut
    Cakap nak saman bergegar-gegar
    Selasa berganti selasa
    Minggu berganti minggu
    Bulan berganti bulan
    Saman tak muncul tiba.

    Yang satu hantar letter of demand
    Akhirnya undang US tak boleh pakai
    Sebab Si Penyamun tak popular
    Yang satu lagi hantar juga letter of demand
    Rupanya surat gertakkan politik namun bukan nak saman
    Nampaknya tiada apa2 tindakan undang2.

    Sebuah parti semakin me-layu dan sebuah parti isle nak kahwin...tunggulah saja berapa wang hantaran....THAT WILL SEE WHETHER THE MARRIAGE WORKS OR ELSE...

    ReplyDelete
  2. Dalam dunia internet komunikasi yang lancar, memohon bantuan kewangan boleh dilakukan dari keselesaan rumah anda dengan syarat anda adalah asli dan mahu pinjaman.
     Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar ?. Lupakan penipuan, masih terdapat banyak firma-firma kewangan yang tulen. Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat-syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang tidak lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah sebuah syarikat kewangan berpengalaman dan berpengalaman yang menyediakan pinjaman mudah percuma kepada individu dan badan-badan korporat yang serius, sama ada syarikat, syarikat dan kepada orang ramai, pada kadar faedah yang sangat rendah kurang daripada 5%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan wang tunai untuk diberikan kepada kecil dan firma skala sederhana dan individu-individu yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan, tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kebajikan dan keselesaan anda sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com ........ Untuk tindak balas yang cepat dan pantas
     
     
    KITA PERLU BERIKUT DARI ANDA,
     
     
    1. Nama
    2. Negara
    3. Alamat
    4. Jantina
    5. Kerja
    6. Jawatan di tempat kerja
    7. pendapatan bulanan
    8. Jumlah yang diperlukan
    9. Tempoh Pinjaman
    10. Agama
    11. Adakah anda memohon sebelum dan ditolak? Jika ya
    12. Nyatakan sebab ..........................................
    .................................................. .........
    .................................................. ..........
    .................................................. .........
    .................................................. .........
     
     
     
    Kami mahu membantu anda

    ReplyDelete
  3. Itulah perjuangan PAS Dr dulu yg penuh putar belit.asal dapat kepentingan dunia.Dulu dok terpekik terlolong kata UMNO kafir
    sampai menghalalkan darah orang UMNO .La ni semua halal belaka.termasuk berpakat dgn penjenayah dan pencuri.

    ReplyDelete
  4. Tak sedar dah nak melingkup angan angan nak jadi kerajaan campuran. Sampai masa dok melukut mintak kasihan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com