innity

pages

Friday, December 23, 2016

Tun M: Calon PM sepatutnya DIUMUM secara KOLEKTIF masa PRU, Umum Awal CETUS Perdebatan


Pakatan pembangkang sepatutnya membuat keputusan secara kolektif dalam menentukan calon yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan itu menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika nama calon perdana menteri diumumkan pada ketika ini, ia akan menyebabkan kekecewaan dan perdebatan sesetengah pihak.

"Ia patut diumumkan oleh gabungan pakatan pembangkang. Jika mereka umumkan (awal), ada pihak yang akan kecewa sekali gus menyebabkan perdebatan antara kami. Buat masa ini kami tidak boleh umum Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di pejabat Malaysiakini, pada Khamis.

Ditanya bila masa yang sesuai untuk diumumkan, ini jawabnya.

"Mungkin semasa pilihan raya. Ia mesti keputusan popular oleh semua parti, bukan satu parti sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad yang mahu Pakatan Harapan membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan kuasa.

Tambahan Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.

3 comments:

  1. Khalid samad mana ada otak dan pengalaman nak cdg. Tengokla apa jd pd PAS? Berpecah sb tak sabar nak cpt kuasai PAS. Akhirnya ditendang dan nak terus bergaduh dgn PAS walhal apa salahnya keluar dgn aman dan boleh saling menolong utk tumbgkan UMNO. Sekarang ni bukan sj DAP yg rasis jadi masalah rakyat terutama melayu nk kalahkan BN tp sikap AMANAH pun jd masalah berterusan kpd usaha nak tumbgkan. Bn

    ReplyDelete
  2. Insyaallah umno/bn akan kekal untuk tempoh dua pru lg..pembangkang tu teruslah menyalak...hilang suara hilang lah mereka..mcm embun dihujung rumput..panas hari keringlah dia..

    ReplyDelete

  3. Belum memerintah pun dah berebut2 nak jadi PM, apalagi kalau menang pru, bertumbuk pun mau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com