innity

pages

Sunday, December 4, 2016

Tuan Ibrahim kata Mustahil PAS, Umno adakan kerjasama politik, Namun Hj Hadi Diam Saja


Beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpegangan tangan dalam himpunan membela Rohingya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa parti itu tetap bersaing dengan Umno.
Dalam kenyataan kepada media Tuan Ibrahim berkata sebarang dakwaan yang "mencanangkan" wujud kerjasama politik antara PAS dan Umno adalah fitnah.
Dari sudut politik, katanya, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno terutama dalam isu berkaitan Islam dan kebajikan rakyat.
Mengenai kehadiran pimpinan utama PAS sepentas dengan Najib serta pimpinan Umno di Stadium Mini Titiwangsa di Kuala Lumpur siang tadi, Tuan Ibrahim menyatakan isu berkenaan sudah diperjuangkan lama sebelum ini.
Malah katanya, perhimpunan hari ini adalah yang ketiga dihadiri PAS dalam isu Rohingya dan akhirnya langkah itu diikuti Umno.
"Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?" katanya.

Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim bagi menjawab fitnah yang dilemparkan dalam isu kerjasama antara PAS dan Umno:
Kerjasama politik pada asasnya melibatkan rundingan kerusi.
Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan PAS begitu sahaja, dan sudah pastinya PAS juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada.
Oleh itu, adalah mustahil bagi PAS dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara PAS dan Umno hanyalah fitnah.
Dari sudut politik, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun PAS tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat.
Contohnya, PAS di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.
Hari ini PAS juga mengemudi RUU 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya (untuk makluman semua, hari ini adalah kali ketiga PAS berhimpun untuk Rohingya), dan akhirnya Umno turut serta menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.
Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?
PAS adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan. Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain.
PAS akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.
PAS tetap adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.
Pagi tadi Abdul Hadi dan Najib duduk seiringan bagi menyatakan sikap terhadap kezaliman dilakukan tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya di negara berkenaan.
Ia mencetuskan pelbagai kritikan dan komen sinis terhadap sikap PAS yang dikatakan kini semakin lunak kepada Umno.
Bagi penyokong PAS pula, mereka melihat kehadiran Abdul Hadi ke pentas sama dengan presiden Umno itu sama dengan peristiwa allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Tun Dr Mahathir berkongsi pentas dalam isu Palestin pada 2002. - MK

4 comments:

  1. Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Gerakkan keretaku
    Kawanku telah menunggu
    Ayuh lari … uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…

    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kudak tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang... uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang
    Ah … ha …

    https://www.youtube.com/watch?v=vGRnOsFFTKU

    ReplyDelete
  2. Suharli kulop...dibodohkan umno...
    Keris PPBM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dah kenapa? Apa faedahnya kau hamun aku serupa tu?.... udah2 ler keris pembuka surat.... bersepah boleh beli kat central market atau menara kl....berlambak.... sama banyak ngan ngan orang berotak sengal seperti kamu

      Delete
  3. Wayang Pak Berahim ni dengar boleh la ,tapi nak percaya kena fikir byk kali.Pernah kah kita dengar Pak Berahim ni kecam bos dia Haji Hadi kerana berendek dgn Najib ?? Tak ada kan ?? Memang tu lah tabiat pemimpin pas suka beretorik dari dulu ,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com