innity

pages

Monday, December 19, 2016

TMJ, Annuar Musa saling "SERANG-MENYERANG"


Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang “gagal memimpin”.
“Saya tidak perlu menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal memimpin,” katanya dalam laman Facebook, merujuk Annuar sebagai “Tan Sri”.
Ia susulan kenyataan awal Annuar yang mengatakan TMJ perlu memutuskan sama ada beliau mahu menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tidak memimpin FAM melalui proksi.
TMJ menegaskan Annuar membawa Persatuan Bola Sepak Kelantan ke dalam masalah kewangan walaupun menerima suntikan tunai sebanyak RM16 juta daripada tajaan Vida Beauty. Bulan lepas, Annuar meletak jawatan sebagai presiden persatuan itu.
TMJ menulis, “Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang untuk melangsaikan semua hutang anda. Sebaliknya, anda membuat keputusan eksekutif dengan mengambil khidmat jurulatih asing baru serta 3 pemain asing tambahan.
“Dengan keputusan ini, orang yang menjadi mangsa adalah pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka. Keutamaan harus diberikan kepada pemain tempatan dan bukan warga asing.”
Annuar memberi respons kepada kenyataan itu dalam laman Facebook beliau sendiri hari ini, berkata terdapat juga pengajaran yang boleh dipelajari daripada pemimpin yang gagal.
“Dari orang yang berjaya ada sesuatu yang boleh dipelajari…dan dari orang yang gagal juga mungkin banyak yang boleh dimanfaati,” katanya tanpa merujuk kepada TMJ.
“Yang penting dalam hidup ini biarlah bersederhana dan sedia dinasihati dan menasihati asal nasihat itu jujur dan baik. Namun, ada kalanya diam itu lebih dari daripada berkata-kata.” - FMT

3 comments:

  1. Letak jawatan setelah gagal langsai hutang. Siapa nak tanggung hutang tu.

    ReplyDelete
  2. Annuar musa ni memang bangsat. Tu pasal umno amik jadi ketua penerangan umno. Gaji pemain pun tak boleh bayar nak jadi pemimpin. Menyamun duit org miskin pun boleh jadi menteri. Dia ni patut letak jawatan jadi manusia je. Dengarnya anak tok guru tapi perangai macam pelesit. Org ketereh kalau undi lagi bahlol macam ni ..memanglah kesian

    ReplyDelete
  3. cara yg sama jgk la boss dia tradbir negara..hutang negara dah nak cecah rm 700 billion..kalau anak lu lahir ini hari..time dia masuk universiti blom tentu dah habes bayar bai..pemimpin skrg akan tgglkan ja legasi hutang ni kpd pemimpin akan dtg..tu pon tak nampak lg?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com