innity

pages

Thursday, December 1, 2016

TERKINI Tiga maut, jurukamera RTM cedera dalam INSIDEN TEMBAK di Pulau Pinang

nsiden tembakan dipercayai melibatkan seorang jurukamera sambilan RTM, Muhamad Amirul Amin. - Gambar PDRM
Tiga individu maut dan dua cedera dalam satu kejadian menembak di lebuh raya di Pulau Pinang hari ini.

Dalam kejadian 7.30 petang tadi, mangsa dilaporkan ditembak dalam kereta di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Salah seorang maut dipercayai bergelar Datuk.

Sementara itu, dua tercedera termasuk seorang perempuan dan jurukamera sambilan RTM, Muhamad Amirul Amin yang sedang dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong. 

Ia belum ditentukan sama ada mangsa cedera disasar atau terkena peluru sesat dari insiden tembakan tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tembakan tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com