innity

pages

Saturday, December 31, 2016

TERKINI, Banjir: Penduduk di beberapa kawasan di Hulu Terengganu dipindahkan


HULU  TERENGGANU - Hujan lebat berterusan yang melanda daerah ini sejak malam tadi menyebabkan penduduk di beberapa buah kampung telahpun berpindah setelah kediaman mereka dinaiki air.

Tinjauan Sinar Harian mendapati antara kampung terlibat ialah perumahan PPRT Bukit Ara,  Kampung Bukit Kolam, Kampung Basung, Kampung Kuala Ping, Kampung Bukit Mokmek, Kampung Tok Gebok serta Kampung Tok Lawit.

Menurut laporan dari Bilik Gerakan Banjir Hulu Terengganu (Pejabat Daerah Hulu Terengganu)  bilik gerakan telah dibuka jam  8.30 pagi tadi.

Sehingga jam 10 pagi, terdapat 56 keluarga melibatkan 213 mangsa dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir antaranya di surau PPRT Kampung Bukit Ara dan Tadika Kampung Tok Gebok. - SH

1 comment:

  1. Fuad zakat potong je...sprm pun di rasuah la kalau pegawai siasat di pindah
    Insyallah..makbul doa rakyat hapus lenyap najib bn umno
    Insyallah menang pru14 pribumi. Warisan .harapan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com