innity

pages

Monday, December 19, 2016

2 pelancong Malaysia cedera dalam serangan di Jordan

KENDERAAN pasukan keselamatan ketika berada di kawasan kejadian serangan lelaki bersenjata di karak, jordan.- Foto EPA
Dua rakyat Malaysia cedera dalam kejadian serangan oleh lelaki bersenjata yang mengakibatkan lima kematian termasuk seorang pelancong Kanada di selatan Jordan di Karak, semalam. 

Kedutaan Besar Malaysia di Amman berkata, dua rakyat Malaysia terbabit sudah menerima rawatan di hospital berhampiran dan dilaporkan selamat. 

"Dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis, 20 pelancong Malaysia kebetulan berada di tempat kejadian diselamatkan dan diberi perlindungan oleh pasukan keselamatan Jordan. 

"Bagaimanapun, dua daripadanya tercedera dan dirawat di hospital berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut kenyataan itu, kedutaan sudah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan yang mengesahkan semua pelancong Malaysia berada dalam keadaan selamat. 

Katanya, kedutaan juga mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama pelajar di Universiti Mu'tah berhampiran Karak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa. - BH



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com