innity

pages

Friday, December 30, 2016

[TAK SUSAH NAK FAHAM] Tun M: Kenapa saya kata BR1M adalah rasuah


ULASAN l Bidasan saya bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah seolah-olah mengecewakan dan menimbulkan kemarahan sesetengah orang.
Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah.
Ini dijelaskan oleh komen daripada seorang penerima BR1M di kampung.
Dia berkata, "Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang."
BR1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.
Ini secara nyata, membeli undi pengundi.
Jika ia bukan bermaksud untuk membeli undi dalam pilihan raya, ini tidak akan disebut dalam manifesto BN.
Mana-mana kerajaan di seluruh dunia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga golongan miskin.
Bantuan yang diberikan adalah untuk meringankan kesukaran rakyat yang menganggur. Bantuan kewangan diberikan kepada golongan miskin tetapi ini bukan sebagai tambahan kepada pendapatan mereka.
Kelayakan BR1M
Tetapi BR1M dikatakan diberikan kepada 7 juta rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Ini bermakna bahawa seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak RM36,000 setahun juga akan mendapat RM500 setahun. Ia tidaklah sebanyak mana.
Namun mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan kurang daripada RM500 sebulan atau RM6,000 setiap tahun mungkin merasai tambahan RM500 setiap tahun amat dialu-alukan.
Jumlah itu tidak banyak tetapi cukup untuk membeli beberapa barangan makanan.
Sekarang jumlah BR1M dinaikkan kepada RM1, 200 setahun atau RM100 sebulan. Ia masih tidak banyak tetapi ini adalah okay.
Tetapi bagi rakyat yang berpendapatan RM3,000 sebulan, jumlah itu tetap kecil.
Wang BR1M akan dibayar melalui Umno. Jelas sekali ini percubaan untuk menjadikan Umno popular. Itulah adalah politik. Ia satu bentuk rasuah terutamanya jika diagihkan berhampiran pilihan raya. Ia adalah rasuah jika jumlah itu ditingkatkan dan ini dimasukkan dalam manifesto parti.
BR1M bukan rasuah jika wang itu disalurkan melalui pegawai kerajaan atau melalui ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti mereka.
Bagaimanapun, bantuan ini terbatal oleh cukai GST dan penarikan semula pelbagai subsidi.
Kos sara hidup
Kos sara hidup melonjak lebih tinggi daripada jumlah BR1M.
Malah bagi kebanyakan rakyat, GST mengurangkan lebih banyak pendapatan mereka daripada sumbangan bayaran BR1M.
Sekarang nilai ringgit susut nilai melebihi satu ringgit dari segi kuasa membeli.
Jadi rakyat yang berpendapatan RM500 sebulan hari ini hanya mendapat kira-kira RM355 nilai kuasa membeli.
Kehilangan kuasa beli kerana ringgit yang susut nilai dan peningkatan dalam kos sara hidup sebenarnya bermakna bahawa BR1M bernilai kurang daripada jumlah itu, walaupun ia dinaikkan kepada RM1,200.
Hanya mereka yang miskin tegar akan menghargai BR1M.
Kerajaan tidak jelas tentang garis kelayakan BR1M. Adakah ia bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan?
Jika kurang, maka tidak mungkin bahawa 7 juta orang berhak untuk menerima BR1M.
Kemiskinan tegar
Kita berbangga dan mendakwa berjaya mengurangkan kemiskinan tegar pada 1 peratus dan hanya 5 peratus di bawah garis kemiskinan.
Mengambil kira 5 peratus berada di bawah garis kemiskinan, jumlah itu adalah 1.5 juta rakyat.
Ia akan menjadi jauh lebih rendah jika kita hanya mengambil kira jumlah orang dewasa yang bekerja sahaja.
Kita hanya perlu membantu golongan ini sahaja, tetapi dengan lebih daripada RM1,200 setahun.
Baru-baru ini, mereka yang layak mendapat BR1M telah diugut bahawa jika mereka menghadiri perhimpunan parti pembangkang mereka tidak akan layak menerimanya.
Jika ini bukan bukti menunjukkan bahawa BR1M bertujuan untuk merasuah orang, saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan rasuah.
BR1M cenderung untuk menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan. Telah diketahui bahawa sebahagian wang itu tidak sampai kepada rakyat yang disasarkan.
Di Britain, hari ini, orang yang menganggur perlu membuat kerja-kerja untuk mendapatkan bantuan kebajikan.
Peluang pekerjaan
Apa yang kita perlukan di Malaysia adalah lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan miskin mendapatkan pendapatan lebih baik. Untuk ini, kita mesti belajar untuk melakukan tanpa bergantung kepada pekerja asing.
Apabila rakyat tidak mampu bekerja kerana hilang upaya, sokongan kewangan yang besar perlu diberikan kepada mereka.
Selain itu kerajaan perlu fokus kepada memperkukuhkan semula nilai mata wang dan ekonomi. Rakyat sebelum ini lebih baik apabila BR1M tidak diberikan.
BR1M bukan sahaja satu bentuk rasuah tetapi ia merosakkan minda rakyat.
Saya mencadangkan kerajaan menjalankan kajian yang betul untuk mengenal pasti rakyat yang benar-benar miskin dan memberi mereka wang yang mencukupi supaya mampu hidup selesa.
Berhenti memberi wang melalui parti-parti kerajaan.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah perdana menteri Malaysia yang keempat. Tulisan ini kali pertama dinaikkan di blognya dalam bahasa Inggeris.
-MK

6 comments:

  1. Semua la tak kena kalau situa mangkuk hayun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG MENTALITY BODOH YG TAK PAHAM APA ORANG TUA CKP.
      DULU KATA BALING KACA TAK PECAH? NYANYOK?
      KENAPA APA YG ORANG TUA TU CKP JD PERHATIAN?
      SEBAB DIA CKP BETUL.
      PENYAMUN TAKUT?

      Delete
    2. Sememangnya Tun hebar.
      T.kasih tun. Jasa Tun akan tetap abadi di hati rakyat.

      Delete
  2. Ismail kojol ni kena cili ...mulut sedap ni
    ..ikat di pokok letak kerengea..

    ReplyDelete
  3. Dia berkata, "Saya akan menyokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang."

    yg kerajaan najib beri wang tp brp ramai xsokong kerajaan najib, dia xciter plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jng tepukan otak tu dng dedak saja.Tinggalkan sikit ruang untuk berfikir.Kena faham kalau kita beri sesuatu untuk dpt ganjaran darinya itu rasuah.Sokong atau tak sokong itu bab lain.Ia bergantung pada nawaitu pemberian tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com