innity

pages

Friday, December 9, 2016

[TAHNIAH UMNO, BN] Harga kelapa naik mendadak


PONTIAN - Harga kelapa yang naik mendadak, ditambah  kesukaran mendapatkan bekalan menyebabkan peniaga santan berdepan peningkatan kos pengeluaran.

Penjual santan, Mohd Farid Luqman percaya, harga santan akan naik dalam waktu terdekat.

“Saya ada dengar cakap-cakap harga santan akan naik. Itu tidak mustahil kerana kelapa sangat mahal sekarang. Harga sebiji kelapa sekarang sekitar RM1.60.

“Ini belum lagi masalah bekalan kelapa yang kerap terputus, terutama pada musim perayaan, seperti bulan puasa, Aidilfitri, raya haji dan cuti persekolahan di mana banyak majlis kenduri diadakan,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri terpaksa menjual santan dengan harga RM10 sekilogram, berbanding RM9.50 sebelum ini.

“Bekalan buah kelapa sekarang ini susah nak dapat.
 Kadang-kala terpaksa ke Batu Pahat cari kelapa.

“Pokok kelapa tidak banyak ditanam pada masa sekarang kerana pekebun lebih gemar memilih pokok kelapa sawit yang memberi hasil lebih baik,” katanya.




3 comments:



  1. Maka akan keluarlah kenyataan daripada pak menteri supaya rakyat jangan beli buah kelapa dan jangan gunakan santan dalam masakan harian.

    Harga minyak masak naik, jangan guna minyak masak.

    Harga gula naik, jangan guna gula.

    Harga semua barang makanan naik, jangan makan.

    Sabar jer lah rakyat sampai mati.

    ReplyDelete
  2. Tahniah alhamdullilah syukur...ppbm harapan menang pru14...amin

    ReplyDelete
  3. Naik kalau manafaat pd pengusaha bangsa sendiri ok je. Sabun susu brg2 lain yg kaum tu naikkan sampai mereka kaya raya ...tak ada pulak sesiapa nak pertikai. Sampai bila pengusaha kelapa nak merasa senang?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com