innity

pages

Wednesday, December 14, 2016

[TAHNIAH SAIFUL] Panel 5 Hakim TOLAK semakan Kes LIWAT Anwar


Saiful Bukhari Azlan berharap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakhiri perjalanan kes Liwat II, yang berlarutan sejak Februari 2010.
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun sedar kes seks luar tabii itu akan terus digunakan sebagai modal politik.
“Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya.
“Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di blognya, hari ini.
Di Mahkamah Persekutuan hari ini, panel 5 hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak permohonan semakan kes oleh Anwar, dalam cubaan terakhirnya untuk membersihkan diri daripada sabitan tuduhan liwat.
Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Kini, satu-satunya pilihan yang tinggal ialah untuk memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Selepas 8 tahun sejak laporan polis dibuat pada 2008, Saiful dan keluarga menerima keputusan mahkamah tertinggi yang “sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar”.
“Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.
“Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu atau mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.
“Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil,” katanya.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 2008.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lalu mengekalkan hukuman itu, 11 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada hukuman penjara 6 tahun kerana disabitkan pertuduhan rasuah. -FMT

2 comments:

  1. Kuat betul kes nuar ni..semua mahkamah telah mengesahkan kes ni..handal betul pendakwaraya..
    Hanya Allah yg tahu kebenaranya..
    Hanya di Mahsyar saja utk keadilan yg sebenarnya dimana semua makhluk akan diadili..

    ReplyDelete
  2. Laba-laba (Al-`Ankabūt):2 - Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

    Sapi Betina (Al-Baqarah):153 - Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

    Hari dinampakkan kesalahan-kesalahan (At-Taghābun):11 - Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com