innity

pages

Tuesday, December 13, 2016

Sultan Muhammad V selamat berangkat



KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selamat berangkat ke ibu negara dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) kira-kira jam 9.10 pagi sebentar tadi.

Perjalanan pesawat yang membawa Sultan Muhammad V dijangka tiba satu jam kemudian untuk pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 15 di Istana Negara.

Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatnkuasa Khas sambutan serta isteri, Datin Seri Raya Erom.

Baginda yang tiba di LTSIP kira- kira jam 8.50 pagi disambut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob serta pembesar-pembesar istana dan exco kerajaan negeri.

Upacara istiadat perbarisan  kehormatan di LTSIP disertai 26 anggota dan dua pegawai Rejimen Kelima Alteleri Diraja Kem Desa Pahlawan yang diketuai Mejar Syauqi Mustafa.

Sebagai tanda taat setia rakyat Kelantan terhadap baginda ribuan penduduk memenuhi lapangan terbang bahkan beratur di sepanjang jalan bermula dari Istana Negeri Kubang Kerian lagi.

Rakyat jelatan setia menunggu ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V seawal jam 6  pagi lagi.

Keberangkatan baginda diiringi lambaian dan laungan Allahhuakbar serta selawat sepanjang  jalan menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di lapangan terbang tadi.

1 comment:

  1. Bosan la cerita raja,sultan ni,ngabis boreh je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com