innity

pages

Wednesday, December 14, 2016

SUDAH2LAH PKR DENGAN ANWAR: Ramai lagi LAYAK jadi PM, Jangan Sampai Rakyat Meluat

Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan cadangan Rafizi Ramli mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri melalui pelan menyerupai “Langkah Kajang” adalah cubaan mempersenda minda rakyat.
Presiden Perkasa itu berkata, kenyataan Rafizi itu seolah-olah pembangkang kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi perdana menteri.
“Ini semua menyusahkan rakyat dan membazir wang negara. Bukankah Rafizi yang selalu bercakap dan berjuang hendak menyelamatkan setiap sen wang rakyat. Apa istimewanya Anwar mesti jadi perdana menteri? Rekodnya semua orang tahu.
“Saya yakin langit tak runtuh di Malaysia jika Anwar tak jadi perdana menteri. Ramai lagi yang boleh jadi perdana menteri. Pada Rafizi seolah-oleh Anwar sahaja yang layak? Dangkal dan kecilnya jiwa Rafizi ini.
“Saya ingat beliau benar-benar berilmu dan tidak memandang rendah tokoh lain. Kajang move 2.0 adalah langkah menyusahkan dan membazir wang rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mencadangkan pelan menyerupai “Langkah Kajang” untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Rafizi berkata, selepas memenangi PRU, PH boleh mengarahkan ketua setiausaha negara yang akan menjadi ketua kerajaan sementara memohon pengampunan diraja untuk Anwar yang kini dipenjarakan atas sabitan liwat bagi pihak kerajaan persekutuan baharu.
Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahkamah mendapati Anwar bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan itu adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak, termasuk parti pembangkang.
Dalam pada itu, Ibrahim mempersoalkan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan mendapat pengampunan jika mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap 2 pertuduhan.
“Apakah semua banduan dalam penjara akan dapat pengampunan?” soalnya. - FMT

1 comment:

  1. 100% tak mahu Anwar jadi PM. Dah letih dengan cerita liwat bertahun-tahun sepanjang kes perbicaraannya. Jadi, sekiranya, Anwar diangkat sebagai PM di masa hadapan, kes liwat akan diungkit balik sepanjang dia memegang jawatan PMnya.Sungguh letih dan memalukan.

    No Najib dan no Anwar bagi kesejahteraan rakyat Malaysia!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com