innity

pages

Monday, December 12, 2016

Sudah Lebih 2 Hari Bro, 5 Soalan KJ MASIH BELUM JAWAB, Pertemuan Sulit, Letak Jawatan, Tidak Percaya Najib isu 1MDB


Pada 6 November lalu, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi mengelakkan wujudnya persepsi negatif.

Beliau berkata, sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama dan ia perlu dijawab oleh pihak berwajib selewat-lewatnya dua hari selepas sesuatu isu itu ditimbulkan.
Memang baik dan tepat saranan KJ itu, lebih-lebih dalam era teknologi maklumat, zaman media sosial dan telefon pintar yang sentiasa  dalam genggaman sekarang ini, tidak ada sebab sesuatu isu itu perlu mengambil masa yang lama untuk dijelaskan kepada rakyat.

Waima di mana pun berada,  seseorang yang berjawatan dalam kerajaan sebenarnya tidak terpisah daripada menerima maklumat dan mustahil juga tiada ruang sama-sekali untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul.

Tambahan lagi, dengan kedudukan sebagai pemimpin, mereka juga tentunya mempunyai puluhan setiausaha dan pegawai khas yang bila-bila masa saja boleh dihubungi dan diarahkan untuk memberi penjelasan.

Tetapi, bagaimana dengan KJ sendiri?

Mengapa beliau sendiri tidak mengamalkan apa yang disarankannya itu?

Bila agaknya beliau mahu menjawab dakwaan Mukhriz Mahathir mengenai dakwaan pertemuan sulitnya dengan bekas Menteri Besar Kedah itu dan meluahkan ketidakpercayaan tentang penjelasan Najib Razak berkenaan 1MDB?
Benarkah beliau sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib, tetapi kemudian menarik baliknya setelah dipujuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi?

Di mana agaknya KJ berada sekarang ini?

Mengapa sampai sekarang dakwaan yang ditimbulkan oleh Mukhriz itu masih tidak berjawab?

Apakah beliau berada di luar lingkungan dunia yang tidak mempunyai jangkauan telefon dan internet sehingga bukan saja dakwaan Mukhriz itu tidak diketahuinya dan tidak dapat juga memberi arahan kepada setiausaha serta pegawainya untuk membuat kenyataan akhbar?

Mungkinkan KJ tertinggal telefon pintarnya dan keluar tidak membawa sebarang alat gajet?

Dah lebih dua hari ni, bro? 

Apa cerita ni KJ? Betulkan pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz itu?

Pertamabetulkah beliau tidak setuju dengan penjelasan Najib mengenai 1MDB sebelum ini?

Keduabenarkah beliau pernah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib?

Ketigabenarkah Zahid Hamidi memujuknya agar menarik balik surat perletakan jawatan itu dan apa "pujukan" daripada seorang Timbalan Perdana Menteri yang membuatkannya setuju menarik balik itu?

Keempat, benarkah pernah ada pertemuan sulit antara beliau dengan Mukhriz pada jam 11.30 malam di rumahnya sepertimana yang didedahkan oleh bekas Menteri Kedah itu?

Kelimaapakah faktor sebenar yang menyebabkan beliau sekarang ini seolah-olah bersetuju dengan 1MDB, malah sedia menjadi pengampu tersohor kepada Najib?


Hanya lima soalan saja KJ, bila nak jawab ni? 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 12/12/2016).

8 comments:

  1. Ini semua fitnah. Tunggu hari selasa nk saman.
    100 juta yg lesap dari kementerian macamana?

    ReplyDelete
  2. Dia tengah dok perah otak apa nak kelentong ni..

    ReplyDelete
  3. nampak mcm senang tapi sebenarnya susah nak jawab ni, ckp mukhriz tipu kan tiba2 mukhriz buat keluar video plak, adui

    ReplyDelete
  4. Sebab pulut santan binasa bro.
    Kalau tidak boboi pun duam jer tak nk ckp pun.

    ReplyDelete
  5. Amin..insyallah...ppbm harapan...menang..pru14..

    ReplyDelete
  6. Siapa yg pembohong besar atau kedua duanya kaki tipu,,TMJ atau KJ,, TMJ kata ada bukti dalm pandrive pasal rasuah bila dah jumpa KJ ,, KJ kata tiada rasuah dalam bola sepak

    ReplyDelete
  7. Kj tgh cari telor dia. Tetiba je hilang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com