innity

pages

Friday, December 30, 2016

Strategi NEGERI PANGKALAN bolehkan PAS bersama Pembangkang Tumbangkan BN


TANAH MERAH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan bersetuju dengan cadangan Amanah supaya setiap parti pembangkang mempunyai negeri pangkalan sebagai strategi pilihan raya untuk menumbangkan BN pada PRU14.

Ketuanya, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran berkata, cadangan itu amat sesuai jika dilihat perkembangan politik semasa yang memerlukan semua parti pembangkang mempunyai persefahaman dan kerjasama yang lebih harmoni.

Beliau percaya, cadangan itu jika dilaksanakan akan dapat mengelakkan berlakunya pertembungan sesama parti pembangkang dalam pertandingan menentang BN ketika pilihan raya.

"Cadangan mewujudkan negeri pangkalan ini perlu dilaksanakan sesegera mungkin dan komunikasi antara parti pembangkang berhubung cadangan ini perlu digiatkan kerana niat utama kita adalah untuk menumbangkan BN," katanya.

Dr Mohd Hafidz Rizal yang juga Ketua AMK Tanah Merah mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berhubung cadangan itu sebagai satu strategi pembangkang untuk menghadapi PRU14 pada sidang media, Selasa lalu.

Khalid dilaporkan berkata, strategi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan seperti Pas di Kelantan dan Terengganu, jika parti itu mahu turut serta dalam perancangan Pakatan Harapan, akan memudahkan rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti pembangkang. - SH

nota: ada pembaca cadangkan: PAS - Kelantan & Terengganu, PPBM - Perlis, Kedah dan Johor, DAP - Perak & Penang, PKR - Selangor & Pahang, AMANAH - Negeri Sembilan & Melaka. Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan.

12 comments:

  1. PAS - Kelantan & Terengganu, PPBM - Perlis, Kedah dan Johor, DAP - Perak & Penang, PKR - Selangor & Pahang, AMANAH - Negeri Sembilan & Melaka...setuju tak semua???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju & lakukan gerak kerja pada kadar segera!!!

      Walau apa pun, wajib satu lawan satu!!!

      Delete
  2. Setuju...
    Ismail kojol ni kena cili ...mulut sedap ni
    ..ikat di pokok letak kerengea..

    ReplyDelete
  3. Setuju untuk sama2 memasang angan dan mimpi..... angan di negeri mimpi di pusat..... kalau sesama bersidang pun mimpi lain2..... makanya kat negeri dan pusat tinggal angan2. Berpijaklah di bumi yang nyata. Yang paling senak perut memikirkan sanggupker pembangkang lepas kan keruai mereka.... dan paling gampang.... nak pilih PM pun boleh bersepak terajang.... tengok ajerlwr seminggu dia ni..... tungguuuu.....

    ReplyDelete
  4. PAS sudah nak lepas KEdah...PAS pernah menang & pernah jadi MB. tapi Dato Seri Mukhriz juga pernah jadi MB... boleh bincang tu

    ReplyDelete
  5. aku setuju, negeri pangkalan bukan bermakna semua kawasan Parlimen dan DUn hnya ditandingi oleh parti tu saja, cuma bilangan nya lebih tinggi dan mampu memerintah negeri jika menang

    ReplyDelete
  6. Pan yang terhegeh-hegeh tapi tiada kekuatan tersendiri cuma cuba jadi hero atas hero. Pan tidak boleh jadi dominan malah boleh menghancurkan pakatan harapan ataupun pakatan angan-angan.

    ReplyDelete
  7. elok lah mcm ni, yg penting kita lawan BN, satu lawan satu

    ReplyDelete
  8. Elok beri sokongan kpd bn saja..yg lain karut belaka..angan-angan lebih..

    ReplyDelete
  9. Mungkin DUN boleh dibuat mcmtu tapi parlimen kalau dibuat maka sukalah DAP nak pisahkan dua negri keluar dari Malaysia mcm Sngapura. Kandang Babi babi akan mkn byk sbb tanah nak biak anak cucu babi makin luas tanahnya. DAP kesetiaan kpd negara adalah diragui. Aku cdg DAP hanya sekadar Penang. Jgn percayakan cina. Perak bg pd BERSATU.

    ReplyDelete
  10. PAN hanya lyk sparuh atau satu negeri shj sbb PAN mana ada kekuatan. Penyokong pun ciput. Sb itu PAN sgt suka dgn idea AMK ni.
    PAS wajar diberikan negeri PERLIS, KELANTAN, TERENGGANU.
    Melaka wajar diberikan kpd BERSATU dan PAN. DAP cukup dgn PENANG shj.

    ReplyDelete
  11. PAN hanya lyk sparuh atau satu negeri shj sbb PAN mana ada kekuatan. Penyokong pun ciput. Sb itu PAN sgt suka dgn idea AMK ni.
    PAS wajar diberikan negeri PERLIS, KELANTAN, TERENGGANU.
    Melaka wajar diberikan kpd BERSATU dan PAN. DAP cukup dgn PENANG shj.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com