innity

pages

Monday, December 12, 2016

Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah

Datuk Seri Shafie Apdal yakin Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Barisan Nasional (BN) dilihat berdepan masalah selepas kehilangan beberapa pemimpin berpengaruh.
“BN akan berdepan masalah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini juga dilihat berdasarkan sokongan orang ramai pada pilihan raya lalu yang menunjukkan 52% mengundi pembangkang.
Dalam jangkaan saya Kedah, Terengganu akan hilang kepada pembangkang. Johor juga akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor akan kekal.
Sabah pula kita akan rampas. Ini kerana yang menentukan kerajaan di Sabah bukan Najib, tetapi rakyat di Sabah,” kata presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dalam sebuah program di Kampung Kukut, Beaufort, Sabtu lalu.
Shafie menubuhkan Warisan pada 17 Oktober lalu untuk menyatupadukan semua kaum di Sabah dan berjanji akan melakukan perubahan besar di negeri itu jika Warisan dipilih rakyat Sabah pada PRU14.
Ahli Parlimen Semporna itu turut mendakwa Sabah jauh lebih ketinggalan daripada negeri lain disebabkan hasilnya diagihkan kepada negeri lain.
“Melaka dilihat jauh lebih membangun daripada Sabah. 95% kekayaan di Sabah diagihkan kepada 13 negeri lain.
“Jadi, kita tuntut hasil di Sabah diberikan kepada negeri kita seperti mengikut perjanjian di Malaysia.”
Sementara itu, Shafie menafikan beliau menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya hubungan baik mereka sekadar tanda hormat kepada bekas perdana menteri itu.
“Ada orang tuduh saya bersekongkol dengan Dr Mahathir. Jual gambar saya cium tangan Dr Mahathir. Cium tangan saya hormat dengan semua orang tua. Ini adat saya.
“Tidak bererti saya ikut Dr Mahathir. Kalau saya ikut Dr Mahathir, saya sudah dipelawa menjadi timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tetapi saya tidak mahu, pasal apa, saya mahu berjuang untuk Sabah. Kalau Sabah, kita boleh tentukan arah ke mana negeri kita akan pergi,” katanya.
Pada 4 Julai lalu, bekas naib presiden Umno itu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.
Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet tahun lalu, selepas mereka mempersoalkan hutang ditanggung 1MDB. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com