innity

pages

Monday, December 19, 2016

[SELESAI MASALAH] Azmin: PKR sedia beri kerusi kepada BERSATU


PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang.
Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.
"Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka.
"Ketika PKR dibentuk pada tahun 1999 kita tidak ada kerusi, kita mendapat kerusi daripada DAP dan PAS. Kalau kita tak dapat kerusi daripada mereka pada tahun itu kita tidak ada di sini.
"Jadi, saya kira giliran kita pula untuk menimbangkan bersikap terbuka dan lebih bertanggungjawab untuk berbincang dengan rakan-rakan dalam HARAPAN dan dengan BERSATU dan kita akan berdasarkan kepada faktor kemenangan," kata Azmin.
Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu berkata mana-mana parti yang mempunyai keupayaan untuk menang di satu-satu kawasan juga akan dibincangkan.
Pada pilihan raya umum 2013, pembangkang yang bergabung di bawah Pakatan Rakyat mengekalkan pemerintahan di tiga negeri berbanding di lima negeri pada tahun 2008.
"Sekarang ini pembangkang hanya mewakili tiga negeri cuma kita juga ada kekuatan di kawasan tertentu dan ia tertakluk kepada perbincangan.
"BERSATU di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) mungkin ada kekuatan di selatan semenanjung, mungkin di Johor dan Melaka tapi ini soal strategi yang kita tidak boleh bincang secara terbuka,” kata Azmin.
PKR sekarang memilik 28 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding PAS - 14 kerusi, DAP - 3 dan AMANAH - 6.

4 comments:


  1. APA yg Azmin maksudkan ialah PKR akan memberi laluan kpd PPBM untuk bertanding melawan BN di kawasan yg dulunya ditandingi oleh PKR melawan BN.
    Tidak semisti PPBM akan menang bila menentang BN dlm pru14. Mungkin saja penyokong2 PKR memberi undi protest dg mengundi BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Objektif bersama adalah untuk menumbangkan bn. Azmin mempunyai lebih banyak pengalaman dari anon 2.52 pm yg otak separuh masak oleh dedak sebab takutnya bn ditalkinkan.
      Undi protes umno kpd bersatu sebenarnya akan berlaku.
      Tahniah azmin.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com