innity

pages

Friday, December 30, 2016

SALAM TAHUN 2017 DARI KOTA SEOUL, KOREA : KENAPA LAH MALAYSIA TAK MAJU-MAJU

Oleh: Nazri Khan
SALAM TAHUN 2017 DARI KOTA SEOUL, KOREA : KENAPA LAH MALAYSIA TAK MAJU-MAJU......
Selamat Tahun Baru kepada semua rakan rakan FB tersayang.
Alhamdulillah, malam ini malam terakhir saya di Seoul, Korea Selatan bersama anak isteri dan izinkan saya mengomel sikit.

Tahun 1957, Korea Selatan adalah negara kelima termiskin di dunia. Sepuluh kali lebih miskin dari Malaysia. Hari ini, Korea Selatan adalah Ekonomi KESEPULUH terbesar dunia.
Orang Korea bezanya bukan mata, kulit dan fesyen rambut tetapi jati diri dan karakter ekonomi mereka. Mereka gila teknologi, gila internet, gila mencipta, gila fesyen, gila kosmetik, gila ginseng dan gila plastik surgery :-)
Selepas 60 tahun. Lihat apa yg berlaku Malaysia dan Korea hari ini.
Ekonomi Per Kapita Korea Selatan - USD33,000
Ekonomi Per Kapita Malaysia - USD11,000
Maknanya ekonomi kita SEMBAB 200% berbanding Korea.
Hari ini ekonomi Korea taklah besar sangat. Cuma tiga kali ganda ekonomi kita jer......
Saya ingat tahun 1997. Korea pinjam berbillion dari IMF. Sedangkan Malaysia hebat. Kita tidak pinjam satu sen pun dari IMF.
Lihat apa berlaku hari ini.
1997 1 RM = 400 Won
2016 1 RM = 269 Won
Maknanya duit kita SEMBAB 33% sejak tahun 1997 berbanding duit Korea. Hebat.
Korea ada lima puluh brand dunia. Korea ada Samsung, LG, Kia, Hyundai, Park Ji Sung, K-Pop, Running Man dan Gangnam.
Tengok Hyundai & Kia. Terjual 1 juta unit di Amerika dan 5 juta di seluruh dunia. Maaf, saya tak nampak sebijik pun Proton di Korea.
Yang saya tahu Proton masih mencari tapak di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat Malaysia kadang-kadang pun tak percaya Proton.
Korea tak ada minyak, tak ada getah, tak ada kelapa sawit, tak ada balak, tak ada emas, tak ada BRIM dan tak ada UMNO.
Tapi Korea ada komputer laju dan internet. Internet Korea terpantas di dunia (30 MB/s) dan internet Malaysia antara sepuluh perlahan di dunia (4 MB/s).
Korea ada banyak gempa bumi dan paling teruk terpaksa berperang dgn kuasa nuklear, Korea Utara yang sadis & brutal.
Korea tak buat bangunan hebat, tak buat istana berbillion, tak buat projek mega dan tak buat highway tol mahal-mahal. Tapi mereka buat jalan raya kos murah yg berkualiti, kilang elektrik yang tak pernah 'black out' dan empangan yang sentiasa ada air. Mereka bina universiti kelas atasan, cipta teknologi bertaraf dunia, dan mereka bagi belanjawan sukan hiburan yang tinggi utk rakyat mereka.
Itu pasal Malaysia gila betul artis Korea walhal Korea tak kisah pun artis Malaysia.
Bangsa maju ialah bangsa yang menakluki ilmu, bekerja keras, kuat melabur dan gila. Gila segala benda.
Ok dah cukup.... Bangun Malaysia Bangun. Selamat Tahun Baru 2017 !


Why South Korea is the world’s biggest investor in research

9 comments:

  1. Pancacai dan mendedak x blh dengar ni...nanti berdarah telinga

    ReplyDelete
  2. KITA PUN ADA REKOD DUNIA. CUMA KOREA TAK LINDUNG PRESIDEN DIA.

    ReplyDelete
  3. Nabi Hud:117 - Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang PENDUDUKnya orang-orang yang berbuat kebaikan.

    An-Naĥl:112 - Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, KEMUDIAN penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

    Hūd:117 - Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka SENTIASA MEMPERBAIKI keadaan sesama sendiri.

    Syukur...Alhamdulillah.lihat indonesia, Myanmar.

    ReplyDelete
  4. rakyat malaysia gila politik, 24/7 politik tak berhenti. itu bezanya korea dan malaysia.

    ReplyDelete
  5. tp amat malang, sebahagian besar rakyat korea xpercaya agama. hanya menganggap di dunia ini saja kehidupan yg ada.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha mengetahui keadaan mereka...


      Hari Jum’at (Al-Jumu`ah):2 - Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,

      Hari Jum’at (Al-Jumu`ah):3 - dan (juga) KEPADA KAUM YANG LAIN dari mereka YANG BELUM berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

      Binatang Ternak (Al-'An`ām):19 - Katakanlah: "Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?" Katakanlah: "Allah". Dia menjadi saksi antara aku dan kamu. DAN Al Quran ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu DAN kepada orang-orang yang sampai Al-Quran (kepadanya). Apakah sesungguhnya kamu mengakui bahwa ada tuhan-tuhan lain di samping Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakui". Katakanlah: "Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah)".

      Delete
  6. Pemimpin Malaysia perlu berubah

    Orang Melayu kena berubah
    Bukan setakat pandai demo
    Bukan setaakat pandai mendengar ceramah nak alim
    Bukan setakat minum jus herba mak sihat
    Bukan setakat pandai mefitnah
    Bukan setakat pandai merempit
    Bukan setakat pandai buat anak zina
    Bukan setakat pandai meragut
    Bukan setakat pandao merungut
    Bukan setakatat mat jenin

    ReplyDelete
  7. Insyallah..janal gila sewel..
    Insyallah pribumi warisan harapan..menang pru 14

    ReplyDelete
  8. Bagus contoh korea. Malaysia patut boleh lbh hebat sbb kita tak tibai babi, kita tak halalkan arak, isu krisis aqidah tak bermasalah TAPI SIKAP adalah masalah BESAR dari pemimpin sampai rakyat. Inilah penghalang besar kwmajuan org Malayaia. Kalu kita maju kita akan lbh cemerlang. Tapikita dipimpin oleh orang yg tak reti pimpin.

    Utamakan material bukan bgnkan jatidiri dan penguasaan ilmu dan teknologi.
    Kita dihinggapipenyakit hati, penyakit minda cemar berpolitik. Cuba baca blog politik tgk komen pembaca, jiwa mrk berpenyakit. Pemimpin UMNO pun gagal didik. Pemimpin PKR pun gagal didik pemimpin Bersatu pun tak nampak lagi, pemimpin PAS pun sama. AMANAH DAN DAP tak pyh haraplah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com