innity

pages

Thursday, December 15, 2016

Rupa-rupanya YDP Agong HADIR Latihan Menembak di PGA Cheras sebelum SOLAT MAGHRIB di Masjid PGA


YANG DIPERTUAN AGONG XV HADIR LATIHAN MENEMBAK BERSAMA PDRM

Cheras, 15 Disember 2016 - Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V hari ini berkenan mencemar duli beriadah dengan menyertai latihan menembak bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini.

Baginda Tuanku telah berkenan menguji kemahiran menembak menggunakan beberapa jenis senjata api dan kemudiannya menunaikan solat maghrib di Masjid Briged Tengah, PGA sebelum berangkat pulang.

PDRM merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku yang telah berbesar hati memilih PDRM sebagai agensi penguatkuasaan utama negara untuk melakukan aktiviti riadah bersama pada hari yang bersejarah ini.


DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bersolat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras. 

sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


YDP Agong pandu sendiri kereta selepas tunai solat Maghrib di Cheras

14 comments:

  1. Tuanku memang sempoi..terbaekk..bertuah rakyat Kelantan dpt sultan begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempoi je kan

      Delete
    2. Tuah nya sudah menyelubungi Seluruh Malaysia.

      Delete
  2. Insyallah amin..lihatlah kuasa allah..pribumi dan harapan menang pru 14

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakatan harapan dan pribumi bakal bengong pru14 ni...tgok la... pribumi dan PAN terhegeh2 minta kerusi... depa kutuk PAS tp dlm masa sama minta PAS bagi kerusi...pi la minta kerusi kat DAP dan PKR tu...

      Delete
  3. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..kesederhanaan dlm khidupan duniawi & bersungguh2 dlm mgejar akhirat.

    ReplyDelete

  5. Jaga baik2 la sesiapa yg menggelar ayahandanya sebagai penyeludup.

    ReplyDelete
  6. DAULAT TUANKU, ALLAH HUAKHBAR - Agong yg begini yg paling ditakuti oleh Najib, kalau dah rendah diri dan rapat dengan Allah, adakah Agong ini boleh dirasuah dedak?? boleh ke diminta suruh tukar Peguam negara?? boleh ke - TAKUTNYA NAJIB

    ReplyDelete
  7. mohon Tuanku dapat mengeluarkan titah perintah supaya semua menteri cabinet lelaki mesti subuh berjemaah di masjid, mest itau baca doa dalam majlis rasmi dan mesti boleh jadi imam berjemaah.

    jika dimajlis2 rasmi kerajaan yg besar2, perintah terjatuh kepada Perdana Menteri utk menjadi imam. bukankah PM tu mcm khalifah Negara?

    utk belajar jadi imam solat hnya perlu kursus sedikit yg tidak berapa mahal... tak sampai pun 2.6b

    ReplyDelete
  8. muga Tuanku diberi hidayah dan ilham utk berbuat sesuatu bagi menyelamatkan hamba rakyat dan Negara daripada pengkhianatan rompakan si kitul.

    jika Negara ini tergadai maka apalah lagi yg tinggal pada Tuanku... hamba rakyat usah dikira, bertambah buruklah nasib mereka.

    hamba rakyat sedar Tuanku tidak mempunyai kuasa yg luas utk menentukan halatuju Negara tetapi insyaallah Tuhan akan memberi petunjuk apa yg Tuanku boleh lakukan.

    setidak2nya berilah keadilan kepada memanda DSAI seperti mana memanda Tun Abdullah berikan dahulu. Mudah2an kezaliman dapat dihentikan kerana jika ia dibiarkan hamba rakyat khuatir Negara akan ditimpa bala bencana dari Yang Maha Esa yg tidak akan ada sesiapa dapat melawannya.

    aamiin

    Aamiin

    ReplyDelete
  9. Abu Hassan Bkn PencuriDecember 19, 2016 at 4:16 PM

    bila masa amanah minta kerusi. u ingat ini kerusi kantin sekolah ke boleh minta2.

    semua parti bertanding kerusi bukan minta kerusi. kalau merebut kerusi tu betul lah.

    pas yg tuduh amanah curi kerusi. masalahnya pas yg khianat perjuangan rakyat utk ganti pemerintah kpd yg lebih baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com