innity

pages

Thursday, December 22, 2016

Roketkini.com: Jangan seronok sangat ketawakan Jamal bertuala di pejabat MB


Oleh: Roketkini.com
Pagi-pagi buta kita dikejutkan dengan aksi gila Datuk Seri Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, merangkap panglima utama angkatan samseng Baju Merah.
Dengan sekadar bertuala, memegang gayung dan menyelit berus gigi ke telinga, dia berdiri di depan bangunan kerajaan negeri Selangor, meminta untuk menumpang mandi di pejabat Menteri Besar.
Ya, gila memang gila. Namun semua mata memandang aksinya. Aksi melawan kerajaan oleh seorang pemimpin pembangkang Selangor, yang tidak sedikit menarik perhatian seluruh negara kepada situasi yang melanda negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.
Ini asas ilmu publisiti. Buruk atau baik, publisiti tetap publisiti. Sama sahaja seperti aksi-aksi melawan mana-mana kumpulan yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada penguasa; ia bertujuan menarik perhatian, dan ia berjaya.
Soal Jamal gila dan sewel selepas ditumbuk sampai berdarah hidung itu soalan berbeza. Soal swafoto bogel dalam bilik mandi sehingga terlihat bayang anunya juga soal berbeza.
Lebih awla berbanding dua hal kelakar itu ialah, Jamal telah berjaya menarik perhatian kita semua dan menyampaikan mesejnya: Selangor ada masalah bekalan air.
Beberapa bulan lalu, kita barangkali masih ingat bagaimana pimpinan kerajaan negeri Selangor berhempas pulas membantu orang ramai yang terputus bekalan air. Ada yang sampai terpaksa membatalkan program untuk ikut bertinggung di tangki air, menadah baldi untuk para pengundi yang marah-marah.
Dakwaan sabotaj pun berlegar, namun rakyat Selangor tidak peduli. Ada yang di Subang Jaya malah sampai sanggup berkata tidak akan mengundi Hannah Yeoh lagi. Padahal apalah kaitan Hannah Yeoh dengan pencemaran air di hulu Sungai Buah, Negeri Sembilan sana.
Ketika kerajaan negeri Selangor bertukar tangan kepada gabungan PKR, DAP dan PAS pada tahun 2008, dasar untuk mengembalikan hak air kepada rakyat adalah dasar yang paling popular dan menjadi bualan semua orang.
Gigih dijaja ke serata tempat tentang bagaimana rakyat Selangor mendapat 20m padu air percuma yang dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Setiap bulan, hanya perlu bayar RM6. Kadang-kadang enam bulan sekali baru kita bayar bil air.
Sejak dari itu, konflik dan pertembungan antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak pernah berkesudahan. Tidak sukar untuk kita menyambung pertalian antara Syabas dan UMNO Selangor dan bagaimana kedua-dua entiti ini saling bersimbiosis.
Pengasas Syabas itu bendahari UMNO Selangor. Apalah susah nak meneka kenapa asyik bergaduh.
Hatta berhimpun dan berdemonstrasi sekalian kita di Masjid Negara pada 5 Disember 2010, mengiringi menteri besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersembahkan petisyen 100,000 rakyat ke Istana Negara, yang ketika itu belum jadi muzium.
Saya masih ingat demonstrasi itu, kerana itu kali pertama saya yang lelah ini disembur gas pemedih mata dan water cannon. Setengah nyawa batuk dan muntah, menyumpah seranah aparat keamanan, memperjuangkan hak air percuma untuk rakyat Selangor.
Isunya itu sahaja: air percuma negeri Selangor adalah kekuatan amat besar bagi kerajaan negeri. Dengan menutup pili utama bekalan air ini, maka akan melingkuplah sokongan orang ramai terhadap kerajaan negeri. UMNO akan tepuk tangan semeriah-meriahnya.
Tidak ada benda yang akan membuat orang lebih marah berbanding terputus bekalan air. Mereka tidak akan peduli peruntukan RM170 juta di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk membayar bekalan air percuma yang dinikmati 1.1 juta akaun meter individu dan 65,000 unit pangsapuri kos rendah setiap bulan.
Yang mereka tahu ialah, air hak rakyat. Itulah yang diulang sebut sejak 2008 dan ia telah menjadi sebahagian daripada kelaziman sehari-hari. Seperti hak istimewa Bumiputera, kini hak air juga bukanlah benda yang boleh digugat-gugat.
Ya kita boleh ketawakan kegilaan Jamal. Namun apa yang lebih penting ialah menyedari bahawa si Jamal ini semakin menonjol sebagai simbol melawan, yang akan tersebar gambar bodohnya bertuala dan menyelit berus gigi di telinga sehingga ke seluruh pelosok negara.
Dan apabila orang bertanya, ‘Dah kenapa sampai jadi sewel begitu?’ lalu dijawab ‘Selangor tak ada air’ tidakkah kita akan terus menanggung malu?

6 comments:

  1. Itulah tahap intelek pemimpin umno sekarang ni. Org macam nilah yg diangkat jadi ketua. Tak payahlah marah kalau org jauhkan diri dari parti umno yg akan melingkup tak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. tiada air dengan bekalan terganggu untuk memberi laluan kepada penyelenggaraan membawa maksud yang berbeza. Memang berjaya mendapat publisiti, tapi publisiti murahan saja. Sebagai ketua cawangan UMNO merangkap panglima perang najib, tindakan yang lebih berotak perlu ditunjukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panglima perang rosmah bro. Najib mana ada otak ...

      Delete
  3. Bijak pun lawan nya,BODOH....apa pun kan berpasangan......
    Ini lah tugas jamban ni selepas menerima duit dari bos dia....sesuai la dgn kelayakan beliau. Ada sapa2 bran buat mcm tu.....

    ReplyDelete
  4. bodoh2 jamal bodoh lagi korang yg mengundi kerajaan pembohong dan kaki rasuah di Selangor... tanggunglah akibatnya...

    ReplyDelete
  5. Doakan jamal sg besar ni sewel dan terus gila..insyallah...
    Senang hospital bahagia jandang dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com