innity

pages

Monday, December 19, 2016

Rintihan Penanam Padi Terhadap Tindakan BERNAS

NASIB PENANAM PADI
Pemutuan

1. BERNAS meletakkan kadar pemutuan padi antara 26% - 47% yang sebelum ini pada kadar 21% - 23%. Hal ini pernah disuarakan oleh DS Mukhriz Tun Mahathir pada forum PPBM di seksyen 16 Shah Alam Oktober lepas. Dalam mensyuarat UMNO Cawangan juga disebut tentang hal ini namun suara petani tidak ke mana. UMNO Bahagian Kangar boleh semak usul dalam buku usul menyuarat lepas. Tidak dibahas. Tidak penting. Memuja dan menyembah Najib lebih penting dari nasib petani.
2. Harga belian padi terkini adalah pada harga RM1,200.00 dan berserta subsidi setiap matrik tan dan setelah melalui proses pemutuan di kilang padi, jumlah tersebut dipotong berdasarkan jenis kerosakkan dan tahap kandungan lembapan dalam hasil tuaian.
3. Merujuk kepada laporan Bernama petani mengadu bahawa kerugian dialami selepas pemotongan pada RM1,000.00 untuk 2 hektar tanaman akibat pemutuan oleh Bernas.
Kalibrasi

4. Pada hemat saya, potongan dibuat mungkin atas sebab kandungan lembapan yang seringkali timbulkan ketidakpuasan hati petani. Namun petani boleh meminta pihak pengilang mempamir sijil kalibrasi alat 'moisture meter'; satu alat yang mengukur kandungan air dalam sampel padi.
5. Kalibrasi alatan penting bagi menjamin bacaan kadar kandungan lembapan dalam padi adalah tepat. Jika ada ralat atau bacaan kelembapan lebih tinggi dari bacaan sebenar maka petani akan hadapi potongan pemutuan lebih tinggi dari sepatutnya dan merugikan petani.
Dilema Petani

6. Padi diusaha setahun 2 kali. Dari hasil jualan, petani perlu membayar untuk kos mesin tuai, kos baja dan racun dan lain-lain kos. Tidak termasuk kos tanam semula yang melibatkan kos bajak, semaian, penanaman dan penjagaan.
7. Lebih merumitkan jika tanah usaha adalah atas dasar sewa-tuai. Perolehan perlu dibahagi antara petani dan tuan tanah.
8. Berapa sen yang tinggal untuk pesawah setelah ditolak keseluruhan kos? Berapa pula tinggal bila dibahagi 6 bulan sebagai pendapatan bulanan? Berapa pula untuk belanja harian?
9. Dilema petani senasib dilema penoreh getah.
Mohammad Zaimi Saad
Shah Alam
19 Disember 2016
Rujukan:
[1] Petani Kerian minta Beras kaji semula kadar potongan padi
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php…



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com