innity

pages

Saturday, December 17, 2016

[RAKYAT LIBERAL, MOHD FAIZ TAK NAK KOMEN KE?] Rumah Flintstone Sultan Johor tarik perhatian


MERSING - Menarik, unik dan cantik itu komentar netizen mengenai rumah Flintstone, milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang terletak di Mersing.

Di reka khas mengikut tema animasi The Flintstone, rumah itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lengkap termasuk sebuah padang bola sepak.

"Rumah ini boleh dicadangkan sebagai antara binaan ajaib di dunia. Super menarik!," tulis Matt Adli petik Johor Southern Tiger.

Sementara menurut Fadzli Ak, rumah Flintstone yang dibina di Mersing itu akan merancakkan ekonomi di bandar itu.
"Idea Sultan Johor juga yang naikkan Mersing dalam peta pelancongan," tulisnya.


Dalam pada itu, menurut Carlitos Alfredo pembinaan rumah Flintstone itu membawa suatu kelainan berbanding istana sultan yang lain.

"Tipikal istana biasanya dipenuhi perabot yang 'bling-bling', tapi rumah ini dipenuhi batu, sebab Tuanku Sultan Ibrahim minat animasi Flintstone, 'humble dan cute'," tulisnya.

Terdahulu semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sempat meluangkan masa bersama pemain skuad Johor Darul Ta'zim dalam jamuan makan malam di Rumah Flintstone.

Baginda yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turut mengambil kesempatan tersebut untuk memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada para pemain Harimau Selatan. - SH

6 comments:

  1. 700 billion hutang negara÷ bayar 50 billion setahun
    =14 tahun kena bayar hutang
    Pendapatan negara cecah 50 billion setahun...?

    Sedak ke pemakan dedak belake...

    Insyallah pribumi dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  2. Tunggu sat....nk tergelak lah ni....mcm mcm perangai ada.....kdg tgk depa,ni...mcm katun...pun ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hina..... orang yg hang dok hina ni ada di sebut dan ada kedudukannya dalam Al Quran.... org mcm hang pun ada di sebut gak.... tp di sebut sebagai manusia yg di pandang hina oleh Allah..... beringat beb.

      Delete
    2. Jangan hina..... orang yg hang dok hina ni ada di sebut dan ada kedudukannya dalam Al Quran.... org mcm hang pun ada di sebut gak.... tp di sebut sebagai manusia yg di pandang hina oleh Allah..... beringat beb.

      Delete
    3. jgn quote ayat quran kalau pemimpin yg anda sokong pon membelakangkan al quran..rasuah, riba, maksiat semua ada dlm negara terang-terangan..

      go thru balik khutbah terakhir rasulullah..apa yg rasulullah tegaskan?

      kalau betul nak ikut islam, perintah negara ikut al quran..

      Delete
    4. Errrr... kau membelakangkan tuntutan yg termakrub dlm al-quran sebagaimana firmanNya ok ker?.... jangan kata abang tak payung yer..... jangan fitnah juga. Bukan kamu yg boleh tentukan apa yang dia buat dgn tidak.... bukan kamu tidur seba tal dgn dia. Sekurang2nya sebagai Raja atau Sultan kedudukannya di sebut. Kamu dah ikut dan taat AlQuran ker untuk hal yg berkaitan menghina dan fitnah ni..... jangan gebang beb. sukat2 sikit ilmu kamu dengan ilmu orang lain. I'm done.... tak ada aoa nak ulas.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com