innity

pages

Sunday, December 4, 2016

Presiden PPBM: Seseorang yang BOHONG sumber wang Berbilion Ringgit, boleh BERBOHONG atas nama Islam


KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi kancah Presiden Umno membela dirinya. Sepanjang ingatan saya, Perhimpunan Agung Umno adalah tempat di mana Presiden UMNO membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Tetapi kali ini lain sekali nadanya. Presiden UMNO menuntut seluruh ahli berbai'ah dan memberi wala' kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal. Kononnya itulah tradisi di dalam UMNO dan amalan orang Melayu yang kuat pegangannya kepada Islam.

Bagi saya Najib Razak sedang tenat. Bagi seorang yang boleh berbohong tentang sumber wang berbilion ringgit di dalam akaunnya, maka dia juga telah berbohong atas nama agama Islam.

Tiada konsep wala' kepada pemimpin di dalam Islam jika pemimpin itu terang-terangan melakukan kemungkaran. Malah, Islam menganjurkan umatnya supaya sedaya upaya mencegah kemungkaran sebagai tanda keimanan kepada Allah s.w.t.

Najib di dalam ucapannya merujuk kepada kedudukan Rasulullah S.A.W dan Khalifah Islam yang mulia di sisi agama dan mesti ditataati. Tidakkah beliau sedar dua orang Khalifah yang merupakan sahabat rapat Baginda Rasulullah S.A.W, iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar, menyeru kepada para sahabat yang lain supaya menegur mereka jika mereka melakukan kesalahan dan tidaklah wajib kedua-dua mereka ditaati sekiranya mereka melakukan kesalahan di sisi agama.

Ketika Sayyidina Abu Bakar dipilih menjadi Khalifah, beliau berkata "Sesungguhnya aku dilantik menjadi ketua kamu sekalian namun aku bukanlah yang paling baik dalam kalangan kamu semua. Taatlah aku selama mana aku taatkan Allah".

Manakala ketika Khalifah Umar ibn Al Khattab dilantik sebagai Khalifah, beliau menegaskan sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah kepimpinannya, maka tegurlah beliau. Lantas bangkit seorang sahabat mengeluarkan sebilah pedang dan berkata, "jika kamu melakukan sesuatu yang salah pada sisi ajaran Allah, maka pedang inilah yang akan aku gunakan untuk menegurmu."

Berbeza sekali dengan ucapan dan tindakan Najib! Dia sama sekali tidak boleh menerima teguran, malah menghukum orang-orang yang menegurnya!

Sekarang, beliau menagih simpati dan ketaatan yang membuta tuli kononnya itulah ajaran Islam. Adakah Islam mengajar kita untuk mentaati seorang pemimpin melakukan kemungkaran dengan terang-terangan merompak wang rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikit pun? Sebenarnya, Najib telah berbohong atas nama Islam!

Masakan perwakilan UMNO dan orang Melayu seluruhnya lupa bahawa Najib sedang terpalit dengan skandal kewangan terbesar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum ini. 

Mana pernah seorang Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini diketahui menyimpan sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang dipercayai dicuri daripada kantung syarikat milik negara; dirinya disebut puluhan kali dalam Laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung siasatan ke atas kehilangan wang USD 3.5 billion dollar daripada syarikat milik negara; anak tirinya disiasat atas dakwaan menerima wang ratusan juta dollar hasil rompakan khazanah negara.

Tidakkah terlintas di benak fikiran kita Presiden Umno dan Perdana Menteri ini gayanya seperti seorang diktator sebuah negara dunia ketiga yang teramat korup?

Sungguh malang Malaysia yang harum namanya di bawah kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri terdahulu, kini menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat dunia kerana seluruh institusi kerajaan dan parti pemerintah gagal membendung salah laku, penyelewengan dan pengkhianatan yang sedang dilakukan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri yang bernama Najib Razak. Manakala, pemimpin dan rakyat yang cuba memperbetulkan keadaan ditohmah sebagai pengkhianat, ditekan dengan bermacam ugutan, ditahan secara salah di bawah undang-undang zalim dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang tidak berasas. Sedangkan penjenayah dan pengkgianat yang sebenar dibiarkan bebas dan terus bermaharajalela merompak harta rakyat dan mencuri khazanah negara!

Lebih malang lagi, Presiden Umno ini menggunakan alasan agama dan bangsa untuk menutup segala kemungkaran dan kesalahannya. Orang Melayu ditakut-takutkan kononnya jika Umno kecundang di dalam pilihanraya, maka hancurlah bangsa Melayu. Malaysia akan diperintah oleh sebuah parti Cina iaitu DAP. Kononnya DAP lah yang akan memerintah Malaysia.

Secara logiknya, DAP yang menguasai 38 daripada 222 kerusi Parlimen tidak akan memerintah Malaysia secara sendirian jika semua orang Melayu menolak UMNO dan mengundi parti-parti pembangkang Melayu yang lain seperti PPBM, PAS, PKR dan Amanah. Jika Umno kecundang dalam pilihanraya, sudah tentulah calon-calon Melayu daripada parti-parti ini akan menang dan menjadi Ahli Dewan Rakyat. DAP tidak akan dapat mengalahkan UMNO. Yang akan mengalahkan UMNO ialah parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu PPBM, PAS, PKR dan Amanah.

Jika UMNO kalah dalam pilihanraya, maka tentulah kerajaan yang akan dibentuk nanti adalah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu juga. Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah seorang Melayu dan bukan daripada parti DAP.

Jadi, orang Melayu tidak perlu takut tentang kedudukan mereka jika Umno kalah. Malah kedudukan orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya akan lebih terbela kerana dengan kekalahan Umno maka Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan segala perbuatannya merompak wang rakyat dapat dihentikan!

Ternyata Najib sedang gelisah. Tun Dr Mahathir yang kental perjuangan Melayunya sejak zaman penjajahan Inggeris, sehingga digelar sebagai seorang "ultra Melayu", dan kemudiannya menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selama 22 tahun, kini berada dalam barisan kepimpinan pembangkang. Saya sendiri yang berjuang lebih 40 tahun di dalam Umno dan pernah dilabel sebagai "Malay First" kini berada dalam barisan pembangkang. Kami berdua bersama-sama rakan-rakan yang lain sedang memperkukuhkan kepimpinan Melayu dalam barisan pembangkang untuk mengambilalih pentadbiran negara daripada Umno dan Barisan Nasional yang telah rosak.

Saya dan Tun Dr Mahathir tidak lagi bersama Umno hari ini bukan kerana mengkhianati perjuangan Melayu, tetapi kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan tindak tanduk Najib dan konco-konconya yang khianat terhadap perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air. Mustahil saya dan Tun Dr Mahathir akan mengkhianati bangsa Melayu dan agama Islam!

Saya percaya kepimpinan Melayu dalam barisan parti pembangkang semakin kuat dan mantap hari ini. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, adalah Ketua Pembangkang. Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, adalah Menteri Besar Selangor. Dato' Seri Mukhriz Mahathir kini Timbalan Presiden PPBM. Manakala Datuk Seri Shafie Apdal mengetuai Parti Warisan yang sedang menggocang kedudukan BN di Sabah. Ini tidak termasuk rakan-rakan pimpinan yang lain daripada parti-parti pembangkang.

Tindakan Najib menggunakan sentimen anti-DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu menunjukkan dia semakin gelisah dengan pemantapan kepimpinan Melayu dalam barisan parti-parti pembangkang. Orang Melayu kini mempunyai alternatif yang lebih baik dan lebih meyakinkan daripada Umno untuk memimpin mereka.

Bangsa Melayu mesti berani bangkit menentang kebatilan dan kejahatan. Bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang mulia dan beradab. Budaya, tradisi dan agama orang Melayu iaitu Islam sentiasa mengangkat darjat kemuliaan orang Melayu. Sudah tentulah sebuah bangsa yang mulia ini tidak rela dipimpin oleh seorang manusia yang telah rosak akhlaknya akibat kemungkaran demi kemungkaran yang dilakukan olehnya.

Ingatlah pesanan Rasululullah S.A.W supaya kita semua bangkit menentang kemungkaran. Renungilah kata-kata para Khalifah Islam yang menyeru umat Islam supaya memperbetulkan kesalahan pemimpin dan tidak secara berterusan mentaati pemimpin yang melanggar perintah Allah.

InsyaAllah, bangsa Melayu yang benar-benar memahami dan mengamalkan ajaran Islam akan melakukan perubahan besar di Malaysia!

Saya menyeru orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu mengembalikan maruah negara dan membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk anak cucu kita.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

18 comments:

  1. Kih..kih..kih.. senak perut baca.... tanya soalan tu pada diri kamu dan Tun..... kamu berdualah manusia yg tak rosak..... udah2 ler...malas nak kata.... nanti kata kita mengata. Tepuk dada tanya selera.... tapi kalau dua orang ni...dah lama tak ada selera nak percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelak ketawa bukan jawapan kepada apa yg TSMY cakap. Hang jawap la betul ka tak apa yg dia kata. Kalau hang tak caya, jawapnya kapiaq la hang..

      Delete
    2. Ketawa pun salah ker?..... bagitaulah besar mana partu bunga raya sekarang. Dulu masa dia maki DAP pun hebat mcm ni gak bunyinya.... La ni dia jadi panglima DAP gamaknya..... he's git no weight no more..... bye.. bye... muhyiddin.

      Delete
    3. Macam yg aku kata.... dia menulis seperti menghadap cermin...... menceritakan tentand dirinya sendiri.... dan Tun.... apa lagi yang aku hendak jawab?

      Delete
    4. Kalau dah nama pun anak perompak masROB....nak kata apa ek? Oh ya....,

      -PEKA BADAK....telinga tak boleh pakai....
      -BUTA TULI.....mata kelabu walau tak ada asap....
      -OTAK UDANG....otak ada akal tak ada

      Cakap lah banyak mana pun si Lanun Bugis tidak hidup selama nya, tidak akan berkuasa selama nya, tidak akan aman selagi hidup....

      Delete
  2. Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Larilah hai kuda tuaku
    Larilah ayuh lari
    Gerakkan keretaku
    Kawanku telah menunggu
    Ayuh lari … uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…

    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kudak tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang... uh

    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Haaaa … …. a … a… a…
    Kuda tuaku lari gagah berani
    Ayuh lari hai kuda tuaku lari
    Kuda tuaku lari kencang
    Rasa hatiku girang
    Kawan kawanku riang
    Ah … ha …

    https://www.youtube.com/watch?v=vGRnOsFFTKU

    ReplyDelete
  3. Nak tau takda selera , nak tau kuda tua ke kita tunggu PRU14 nanti.. bye bye umno...

    ReplyDelete
  4. Tahniah tan sri..keris PPBM pahang sokong sampai gemilang

    ReplyDelete
  5. Suaphali2 maulingkup...11.06
    Blapa lapat bijan kasi lu cium montot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang hajar...... sekurang2nya aku tak bacul macam anon 12.30 ni.

      Delete
    2. eh eh? Ada perasaan jugak?? Ke perasan ajer???

      Delete
  6. Suharli..mabok gila dedak duit rasuah najib...
    Puak umno takut dah hilang jawatan kuasa duit..

    Mati
    Hancur
    Lenyap...umno..

    Keris PPBM Pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buktikan aku makan dedak.... nama dah ada..... kalau setakat nak hina tp guna nama anon baik kolom dadu sendiri lah beb. .... aku tanya hangpa bagi jawapan tuntas.... kenapa jilat DAP.... pi tanya Tun dan Muhyiddin

      Delete
    2. Wei, kalau si Lanun No.1 M01 menipu temberang tergolek kelentong depan belakang duit tidak ada masuk (2.6 Billlion), saya tidak tahu (42 Millllion songlap duit SRC Intl), saya tidak guna duit rakyat (bayar credit card pakai duit songlap)......boleh percaya anak si masROB (rompak kira rhyme ler...) tak dapat dedak??? Belum sampai tahap Jamal Jamban kamu nih.....

      Delete
  7. Lu anak si Mas Rob? Gituan deh udah nama nye anak si rob mana bisa perampok mau dimusuhin, dimuliain..
    bener pak, Rob temennye perampok, gituan dong aturannye..

    ReplyDelete
  8. Hanya warganegara Malaysia dan Melayu Islam yg tak waras sahaja mengatakan ' Mahathir jilat DAP'.
    Seluruh rakyat Malaysia tak kira parti dan kaum bergabung untuk menyelamatkan negara dari skandal najib yg dikeji seluruh dunia.
    Bagaimana dgn Hadi Awang yg menjilat umno kembali setelah pelbagai tuduhan kafir dan fatwa2 melawan umno yg selama ini didokrinkannya? Dah ludah jilat kembali bukan untuk kepentingan negara macam Tun buat,tetapi untuk membantu kelangsungan kuasa kleptokrasi umno!!

    ReplyDelete
  9. Apalah kau org mcm budak2..sapa yg perintah islam melayu sokong jer lah..skrg masa Najib kita sokong Najib..umno..bn..masa Tun M dan Muhyiddin dulu pun dia pun buat mcm buat gak..dia minta skongan..kita skong..skrg giliran Najib dan bn..marilah kita sokong dan bersatu. Pemimpin bukan malaikat dan nabi tak berdosa..pemimpin manusia biasa
    ada buat salah silap..Tun M dan Muhyidin dulu pun ada buat silap..tapi media tak mcm skrg..dulu x der interbet canggih mcm zaman Najib..jadi susah nak buat fitnah..skrg mudah tekan jer..beberapa saat fitnah sampai..fikir secara rasional..logik..jgn tuduh tanpa bukti .. klu ada bukti heret ke mahkamah..jgn tabur fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak2 penyokong umno dalam blog ni, aku puji ko AnonymousDecember 5, 2016 at 2:58 PM..begini la cara yang sopan kalo nak memberi komen n kritik...tapi camne pun, aku x dpt nak sokong umno la ni..aku sebagai rakyat semakin terbeban dengan dasar2 dibuat sekarang.abg aku kena berhenti kerja sebab syarikat tempat dia keje x dapat nak beroperasi pasal kos operasi makin tinggi sebab GST.kos sara hidup makin mahal sampai nak sarapan kat luar pun dah x dapat sebab nak save duit untk perkara yang lebih mustahak contohnya tambang LRT n ERL yg. naik mencanak..aku nak beli rumah pun dah x dapat dah sebab rumah kos rendah xde dibina kat kolumpo ni.rumah prima plak x boleh mohon sebab pedapatan x cukup.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com