innity

pages

Friday, December 30, 2016

Polis tahan 3 lelaki pasang papan iklan Anwar


BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pemasangan papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata tiga lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika memasang papan iklan berkenaan di Jalan Baru, Perai di sini, kira-kira 3 petang tadi.

"Pihak polis membuka siasatan mengikut Akta Hasutan selepas menerima laporan polis daripada orang awam berhubung pemasangan papan iklan berkenaan yang didakwa cuba menghasut rakyat.

"Semasa siasatan dijalankan, polis mengesan tiga lelaki sedang memasang papan iklan itu di kawasan Jalan Baru dan kami menahan mereka bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Katanya tiga lelaki itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya merekodkan keterangan mereka.

Nik Ros Azhan berkata selain di Jalan Baru, tiga papan iklan itu dipasang di Alma, Bukit Teh dan Permatang Tinggi sejak dua hari lepas juga diturunkan oleh polis.

Beliau berkata polis turut menasihatkan penganjur agar tidak terus memasang papan iklan itu supaya tidak menimbulkan kekecohan.

Hari ini, Umno Bahagian Bukit Mertajam menggesa agar tiga papan iklan yang dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan segera.

Setiausahanya Mohd Fauzi Sharif dilaporkan berkata satu laporan polis dibuat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang memasang papan iklan itu. – Bernama

Mahkamah telah putuskan Anwar BERSALAH MELIWAT

2 comments:

  1. Laknatullah insyallah siful...
    Insyallah laknat polis pendedak cacai
    Insyallah pribumi. Warisan..harapan menang pru14.
    Insyallah bn umno najib hancur lenyap dari dunia...amin

    ReplyDelete
  2. KENAPA NAK BEBASKAN PESALAH MELIWAT YANG TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN OLEH MAHKAMAH, TUNGGU LAH HABIS HUKUMAN PENJARA, TAK KENA ROTAN PON DAH CUKUP BAGUS, SUKA SUKI MELIWAT PASTU NAK JADI PM, PERGI MAMPUS LA GAY DAN BISEXUAL

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com