innity

pages

Thursday, December 8, 2016

PERLUKAH BATAL JEMPUTAN TUN M? Kami Rakyat Kelantan TIDAK MAHU orang Politik KACAU lagi Istiadat Lafaz Sumpah Tuanku


Rata-rata rakyat Kelantan agak kecewa dengan isu pembatalan jemputan Tun Mahathir ke Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazri Shah, Sultan Perak, pada 13 Disember ini.
Ramai yang mempersoalkan kenapa perlu dikeluarkan jemputan kepada Tun Mahathir jika tidak mahu beliau ada dalam Istiadat tersebut?
Pembatalan jemputan itu hanya menimbulkan polimik yang berpunca daripada perbalahan orang-orang politik yang akhirnya akan mengganggu dan mencemarkan majlis Tuanku.
Sebelum ini, ada pihak cuba mengganggu pemilihan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai yang Yang di-Pertuan Agong ke-15 dengan menuduh Sultan Johor menolak pelantikan. 

Walhal, selepas pemilihan berdasarkan "Raja yang paling kanan", senarai baru yang dikenali sebagai "senarai yang disusun semula" dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan)  mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan iaitu 1. Negeri Sembilan, 2. Selangor, 3. Perlis, 4. Terengganu, 5. Kedah, 6. Kelantan, 7. Pahang, 8. Johor, 9. Perak.

Oleh itu, proses pengundian sepatutnya adalah untuk memilih Sultan Kelantan. Jika Sultan Kelantan mendapat 5 undi maka akan dilantik sebagai YDP Agong. Oleh itu tidak timbul langsung isu Sultan Johor menolak tawaran. Untuk makluman juga, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menepati syarat-syarat untuk dilantik sebagai YDP Agong. (sila rujuk laman web penyimpan mohor besar Raja-raja). 

Walau bagaimanapun, akhirnya usaha untuk mengganggu pemilihan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu tidak berjaya.

Sekarang timbul pula isu jemputan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-15 minggu depan dibatalkan.
Ketika dihubungi FMT, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengesahkan surat bertarikh 5 Disember, 2016 itu dihantar kepada bekas perdana menteri dan isterinya.
Surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad antara lain menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.
Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” menurut surat itu.
Surat itu turut dikongsi daam Twitter milik anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir.

Situasi ini sedikit sebanyak telah mencacatkan Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazri Shah, Sultan Perak, pada 13 Disember ini.

Rakyat Kelantan rata-rata berharap agar tiada lagi isu yang wujud berkaitan istiadat ini dan akan berdiri teguh dibelakang Sultan kami, jika ada yang cuba mengganggu gugat pemerintahan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Allahu Akbar (الله أكبر)



8 comments:

  1. Yang jelas Tun Mahathir adalah mantan PM. Ini bukan isu politik tetapi dijadikan isu politik. Pihak Istana perlu berkecuali sekalipun kecenderungan terhadap arwah Nik Aziz jelas nyata sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. Percayalah..sebagai penyamun yang dikenali seluruh dunia..NAjib akan jatuh lebih hina dari itu....

    ReplyDelete
  3. Najib ingat rakyat nak sokong dia tp silap,org makin benci dgn dia.

    ReplyDelete
  4. Mana kao tahu Mahathir bukan penyamun....Allah maha esa...skg ni Allah tunjuk balasan2 kat Mahathir ...terima dgn redha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah. ya. Jib berkuasa..da. dia akan saman Tun selasa selapas selasa dia saman wsj. Tahniah, anda contoh terbaik pemakan Taek Low.

      Delete
    2. Balasan ALLAH? Rasanya in Nak di tunjukkan bertapa takutnya najib n menunjukan bertapa busoknya hatinya... Berani di titiwangsa takut di antarabangsa

      Delete
  5. hari ini dia tidak bagi kerusi kepada tun

    tak lama lagi rakyat takkan bagi kerusi di Putrajaya kepada org itu

    amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan
      Aamiin!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com